• January 19, 2021

Nampak Sama Tapi Sebenarnya Tak, Ini Beza Copywriter vs Content Writer

Sekarang ni kalau search je kerja kosong mesti korang akan nampak 2 iklan untuk position ni kan? Walaupun namanya hampir sama, korang kena tahu hakikatnya 2 kerja ni langsunglah tak sama bidangnya.

Kalau sebelum ni member sis G ada terangkan pasal job copywriter ni macam mana, kali ni sis G nak kabo kat korang pula apa bezanya kerja as a copywriter dengan content writer ni.

Kredit: Scripted

Copywriter (Penulis Iklan)

Kalau nak tahu copywriter ni biasa untuk media komersial yang mana reader dia ada masa yang singkat je nak baca, contohnya dekat billboard, poster, social media ads, katalog, iklan radio, TV dan sebagainya. 

Kalau slogan, tagline dengan headline tu biasanya pun kerja copywriter juga yang mana akan sasarkan golongan tertentu. Copywriter jugak kena faham macam mana SEO (Search Engine Optimization) berfungsi supaya nanti bila orang search je, dia punya ads dekat atas result searching.

Jadi secara mudahnya nak jadi copywriter kena ada skill menjual yang power gunakan ayat yang ringkas dan menarik.

Korang boleh baca lagi:
Nak jadi copywriter?! Baca dulu baru decide okay

Content Writer (Penulis Kandungan)

Tapi Content Writer pula biasanya akan target audiens yang ada masa lapang nak membaca tulisan panjang. Berbeza dengan copywriting yang pendek-pendek tulisannya, content writer akan tulis dengan lebih panjang.

Kontent yang dipilih biasanya bersifat engaging, edukasi dan informative buat readers. Walaupun ada sesetengah content writing yang bertujuan komersial, dia tak direct selling macam yang dekat copywriting tadi. Dia akan buat soft selling atau pun indirect selling.

Contoh senang macam yang tengah sis G buat sekarang ni – artikel dekat web, majalah atau posting sosial media.

Tapi content writer ni semua orang pun buat act. Kalau korang suka tulis caption dekat sosial media panjang-panjang, cerita apa yang berlaku dalam hidup korang pun sebenarnya dah termasuk dalam content writing.

Lepas ni kalau ada iklan kerja kosong untuk 2 jawatan ni, sis harap korang boleh bezakan dah eh? Bukan main apply je. Tapi sebelum apply mestilah korang baca dulu requirements dia kan? Haa, kat situ pun ada company bagitahu candidates macam mana yang dorang cari.

Korang juga mungkin berminat nak baca:
Gais, Ini 5 Kerja Yang Masih Laris Masa COVID-19

Read Previous

Sedih Tak Ada Student Join Kelas, Lihat Apa Yang Warga Twitter Buat

Read Next

Dijanjikan Duit Mudah, Ramai Dah Terciduk Dengan Isharefans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − two =