Kaedah Semula Jadi Untuk Melegakan Gatal Gigitan Nyamuk

Perkara yang agak menjengkelkan adalah apabila tubuh menjadi mangsa gigitan nyamuk tanpa henti. Gigitannya yang meninggalkan kesan bintat serta gatal sekaligus menjadi punca kulit calar dek kerana tidak henti menggaru. Abang Jim memang benci nyamuk! Hidup pun rasa tak senang asyik laa nak menggaru. Usah biarkan ia berlanjutan kerana lambat laun menyebabkan seluruh tubuh mempunyai kesan calar. Jadi, Abang Jim singkap kaedah semula jadi untuk melegakan gatal gigitan nyamuk yang boleh korang cuba di rumah.

1.   Daun Lidah Buaya

Ia mengandungi lebih dari 300 kompaun aktif dan 30+ asid amino yang banyak kebaikannya untuk kulit. Ia juga dikatakan agen antiseptik yang baik dalam melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Daun ini membantu untuk mengurangkan kesan sakit, gatal atau lebam. Potong sebahagian kecil daun lidah buaya dan sapukan lendirnya ke atas bintat.

2.   Madu

Madu mengandungi antibakteria dan menghalang masalah radang. Ia juga baik untuk melegakan kesan gatal pada kulit akibat gigitan serangga. Letakkan setitik madu pun sudah mencukupi untuk satu kesan gigitan nyamuk. Ulang cara yang sama beberapa kali sehingga kesan gatal dan bintat mula surut.

3.   Bawang Putih

Bawang putih adalah remedi semula jadi untuk mengatasi masalah gigitan nyamuk. Tidak hanya mampu menghilangkan kesan bintat dan gatal, malah ia juga baik untuk menghalang masalah tersebut lebih awal. Nyamuk dan serangga lainnya tidak tahan dengan bau bawang putih itu sendiri. Jika korang digigit serangga atau nyamuk, sapukan bawang putih yang telah dicincang ke atas kesan gatal tersebut. Biarkan ia selama beberapa minit dan kemudiannya cuci.

Baca artikel ini: Lagu Kanak-Kanak ‘Baa, Baa, Black Sheep’ Tentang Protes Cukai? Ini Kisahnya

4.   Ais

Ais juga merupakan salah satu kaedah mudah untuk melegakan kesan gatal. Suhu sejuk membantu mengurangkan masalah keradangan akibat gigitan tersebut. Letakkan ais ke dalam tuala kecil dan tuam pada bahagian kulit yang mempunyai gigitan nyamuk selama 15 minit.

5.   Serbuk Penaik

Serbuk penaik mengandungi kompaun alkali yang mana membantu untuk meneutralkan tahap pH keseimbangan kulit. Ia mengurangkan kesan radang di sekitar gigitan tersebut dan sekaligus melegakan kegatalan. Hanya perlu tambahkan sesudu serbuk penaik dengan sedikit air untuk menjadikannya pes. Sapukan pes tersebut ke atas kesan gatal dan cuci.

Mudahkan? So kalau korang tak nak digigit nyamuk, korang kena pastikan sekitar rumah bersih dan terhindar daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Baca artikel ini: Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Beli Kediaman Berharga RM33 Juta

Read Previous

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Berjumpa Dengan Doktor

Read Next

Kenali Personaliti Berdasarkan Posisi Ketika Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + sixteen =