Kenali Personaliti Berdasarkan Posisi Ketika Tidur

Kadangkala kita tidak sedar dengan posisi tidur yang bermacam-macam gaya. Tapi untuk pengetahuan korang, gaya tidur sebenarnya boleh menggambarkan personaliti seseorang? Mengikut satu kajian yang telah dijalankan ke atas 1,000 orang, terdapat enam posisi tidur yang menjadi kebiasaan kita. Korang pernah sedar tak cara korang tidur macam mana? Haa! Kat sini Abang Jim nak kongsi rahsia posisi tidur dan personaliti korang.

1.   Tidur terlentang dengan tangan di atas bantal dan kepala ke sisi

Seorang yang suka bergaul dan agak kurang ajar. Mereka yang tidur dengan posisi ini juga mempunyai personaliti yang agak tegang serta bermuka tebal tetapi sering terasa hati dengan kritikan yang diterima.

2.   Gaya bayi (berbaring ke posisi kiri dengan kaki bengkok)

Digambarkan sebagai seorang yang kasar dari segi luaran tetapi sebenarnya pemalu dan sensitif. Mereka memerlukan masa untuk mesra dengan orang lain tetapi akhirnya akan tampil biasa. Tahukah korang bahawa tidur dengan mengiring ke kiri boleh mendatangkan komplikasi kepada organ dalam badan seperti hati dan paru-paru? Jika korang tidur dengan gaya ini, seeloknya mengiring lah ke kanan.

3.   Tidur mengiring lurus dengan kedua belah tangan di sisi

Gemar bersosial serta senang bergaul tetapi sering ditipu kerana kelemahan mereka yang cepat percaya akan setiap individu termasuklah mereka yang tidak dikenali.

Baca artikel ini: Ayuh Mulakan! Jana Duit Dengan Hobi

4.   Tidur mengiring dengan kedua tangan mendepa ke hadapan

Sukakan benda yang baru tetapi juga sering berkelakuan sinis dan curiga terhadap orang. Mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dengan menyenaraikan keburukan serta kebaikannya berulang kali. Tetapi setelah sesuatu keputusan dibuat, mereka jarang mengubah pendirian atau menyesal.

5.   Tidur terlentang

Seorang yang pendiam serta tidak gemar menguar-uarkan tentang sesuatu perkara. Namun, mereka ini sering meletakkan standard yang tinggi untuk diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu hal.

6.   Tidur terlentang dengan kedua belah tangan di atas

Seorang pendengar dan kawan yang baik. Sering menghulurkan bantuan dan tidak suka akan populariti.

Baca artikel ini: Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit

Read Previous

Kaedah Semula Jadi Untuk Melegakan Gatal Gigitan Nyamuk

Read Next

Setuju Tak? 10 Perangai-Perangai Pelik Pencinta Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + 5 =