• November 27, 2020

Gais, Ini 5 Kerja Yang Masih Laris Masa COVID-19

COVID-19 saksikan jutaan penduduk dunia terpaksa menganggur disebabkan banyak syarikat yang hilang sumber pendapatan. Malaysia pun tak terkecuali termasuk dalam negara yang kadar penganggurannya meningkat.

Jadinya, hari ni sis G rasa macam nak share pasal 5 bidang kerja yang masih lagi ada demand dalam pasaran walaupun masa COVID-19 melanda.

Kredit: The Edge Market

Kajian ni dibuat Jobstreet membabitkan 5,000 ahlinya di Malaysia pada Mei lepas. Dan daripada tulah 5 senarai industri yang memerlukan pekerja walaupun masa wabak pandemik ni melanda dunia telah dikeluarkan.

  1. Teknologi Maklumat (IT) – mereka yang boleh bangunkan aplikasi Android, jurutera IT dan pentadbir sistem
  2. Perkilangan – jawatan sebagai pakar pembuatan, perancang pengeluaran, pegawai kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) serta pengurus kilang
  3. Perbankan – jawatan sebagai perunding unit amanah, pegawai urus niaga saham, penasihat perancang kewangan dan pengurus cawangan.
  4. Peruncitan – jawatan pengurus gudang
  5. Penjagaan Kesihatan – jawatan sebagai ahli farmasi, jururawat dan doktor gigi.

Pengurus Jobstreet Malaysia, Gan Bock Herm sendiri pernah cakap wabak pandemik COVID-19 telah jejaskan pasaran tenaga kerja yang sebelum ni tak pernah berlaku bukan hanya pada pekerja tapi juga pada majikan.

Dan dalam kajian tu juga didedahkan sebahagian besar yang hilang pekerjaan adalah daripada mereka yang berpendapatan rendah dan bekerja secara sambilan je dekat organisasi-organisasi kecil.

Kredit: Utusan

Masa ini jugalah berlakunya peralihan syarikat kepada pendigitalan dilakukan seiring dengan norma baharu yang wajar diamalkan dalam usaha memutuskan rangkaian COVID-19. Bagus juga sebenarnya, sebab wabak ni buatkan ramai buka mata sebenarnya sebab banyak benda boleh jimat kos dengan hanya gunakan internet.

Kalau korang antara yang terjejas, mungkin korang boleh try join industri-industri yang sis G share tu. Dalam masa yang sama, sis G harap korang bersabar dalam hadapi ujian ni. Jangan risau, kalau ada rezeki, tak kemanalah orang cakap. Yang penting korang usaha dan tawakal je.

Kalau tanya sis apa tip cari kerja yang boleh diamalkan masa ni, mungkin sis G hanya mampu share, jangan putus asa dan teruskan cari kerja. Build skill korang dan bina connection sekali mampu. kalau korang ada plan nak jadi copywriter, korang boleh baca DEKAT SINI untuk dapatkan maklumat.

Stay strong kay! We can do it!  

Kredit gambar utama: VOA

Read Previous

Penyelidik Jumpa Fosil Tapak Kaki Bukti Dinosaur Pun Dah Sampai Kelantan

Read Next

Powerlah Acik! Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Masa Goreng Pisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − six =