Jagakan Dia’ Trending! Taruhan Arul Rasheed Menjadi.

Dari TikTokers, Arul Rasheed kini melebarkan sayapnya ke bidang nyanyian dengan Jagakan Dia. 

Jika sebelum ini, figura Arul Rasheed hanya dikenali di laman TikTok, beliau kini tampil dengan single pertamanya. Lagu Jagakan Dia merupakan nukilan Aiman Sidek yang merupakan pelantun lagu Cinta Terakhir, Cinta Sejati, Bunga Dhia dan banyak lagi. 

Menurut Arul, setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, beliau akhirnya memberanikan diri keluar dari linkungan media sosial kerana merasakan ini adalah masa yang tepat untuknya berbuat demikian.

Peluang yang diberikan Aiman Sidek dan NAR Records menjadi pemangkin kepada Arul untuk terus mencuba dan berjaya dalam industri muzik Malaysia. 

Jagakan Dia adalah sebuah lagu yang indah dan mempunyai maksud tersendiri. Ianya boleh jadi kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan, mengikut interpretasi individu. Arul berharap lagu Jagakan Dia dapat menambat hati para pendengar Malaysia dan juga negara serantau. 

Selepas sehari muzik video Jagakan Dia dikeluarnya, ianya telah mencecah 100 ribu tontonan dan trending di YouTube .

Read Previous

Menu Mala-tup Untuk Sambutan Tahun Baru Cina Di The Chicken Rice Shop

Read Next

Study Melbourne Hub Kuala Lumpur Kembali Beroperasi, Kini Di Jaya One

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − two =