Tidak semua orang mampu menyediakan kasut sekolah baru untuk anak yang bakal memulakan tahun baru persekolahan. Ini adalah realiti untuk sebahagian keluarga miskin bandar. Menurut dapatan terkini, kumpulan B40 menyumbang kepada 40% isi rumah di seluruh negara mewakili 3.16 juta isi rumah di Malaysia. Kumpulan keluarga ini berkemungkinan besar akan menghadapi kesukaran kewangan untuk perbelanjaan dan persiapan bagi musim persekolahan pada tahun hadapan. Sepasang kasut sekolah mungkin merupakan suatu hal yang kecil bagi kita semua, tetapi ia boleh mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik kerana kini mereka boleh ke sekolah dengan lebih yakin dan selesa.
Inisiatif CSR ‘Shoes For You. Hopes For Them’ merupakan inisiatif jangka panjang ABARO yang bermula pada tahun 2016. Terbaru, ABARO menyumbang sejumlah 152 pasang kasut sekolah baru beserta stokin kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2), menjadikan jumlah keseluruhan 200,000 pasang.
Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO berkata, “Pendidikan merupakan langkah pertama dan paling asas dalam pembangunan peribadi kanak-kanak. Ia membuka pelbagai peluang dalam kehidupan. Di ABARO, kami memperjuangkan kesaksamaan dan akses dalam pendidikan, malahan kami percaya bahawa memiliki sepasang kasut sekolah adalah keperluan asas yang sama pentingnya dengan akses pendidikan yang berkualiti. Menyumbang sepasang kasut sekolah kepada pelajar adalah pelaburan asas yang seharusnya kami lakukan bagi menjamin kesejahteraan generasi masa depan kita.
“Kami telah bertemu dengan ramai pelajar miskin dari kampung-kampung kecil atau komuniti Orang Asli, tetapi ini adalah kali pertama saya menyaksikan bagaimana golongan miskin bandar juga sangat memerlukan bantuan namun sering kali diabaikan hanya kerana mereka tinggal di bandar,” tambah Kevin.
ABARO berharap menjadi pemangkin kepada impak perubahan dengan memberikan bantuan kepada sebanyak mungkin pelajar yang kurang bernasib baik melalui kempen Kembali keSekolah ABARO yang berlangsung dari 17 Disember 2023 hingga 17 Mac 2024. Bagi setiap pembelian kasut sekolah ABARO, RM1 akan disumbangkan ke dana untuk kasut dan bekalan sekolah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai Pertandingan Belanja & Menang untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000 secara keseluruhan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Koleksi terkini kasut sekolah ABARO, termasuk ABARO DryTechTM yang cukup digemari ramai dan ABARO NameTechTM, kini boleh dimiliki di semua kedai Mydin dan AEON, kedai rasmi dalam talian ABARO, Lazada, Shopee, dan TikTok.