Wabak pandemik yang melanda menyebabkan semua orang perlu belajar mengikut norma baharu, termasuklah pelajar sekolah. Kelas online, submit assignment online, semuanya online.
Tapi bila dah online ni, banyaklah cabarannya. Sekolah ditutup jadi rata-rata pelajar anggap ianya sebagai cuti sekolah. Bila cikgu buat kelas pun ramai yang culas tak masuk.
Macam yang viral baru-baru ni, seorang pengguna Twitter, Nuha share pasal pengalaman ayahnya, Cikgu Mustakim mengajar online.
Walaupun cikgu dah excited nak mengajar, tapi memang hampa gila bila seorang murid pun tak munculkan diri dalam tu.
Yang tambah sedih bila cikgu tu try hard call semua pelajar tapi masing-masing matikan fon sebab tak mahu dipanggil. 30 min tunggu, tapi masih tak ada sorang pun yang masuk. Ada juga pelajar yang beri alasan kerja sedangkan SPM semakin menghampiri.
Untuk gembirakan hati Cikgu Mustakim, ramailah warga Twitter yang masuk join kelas beliau. Kata Nuha ayahnya nampak gembira sebab ramai yang berikan kata semangat dekat beliau.
Walaupun macam tu, Cikgu Mustakim tetap minta netizen doakan agar anak didiknya yang bakal ambil SPM berjaya.
Sis G yang baca pun rasa sedih. Cikgu berusaha nak mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Itu pun ada lagi yang masih mengata cikgu makan gaji buta hanya sebab sekolah ditutup.