Kalau korang ada kawan ‘ulat buku’ mesti korang akan perasan beberapa perangai pelik kawan korang tue. Dia sendiri mungkin tak sedar, tapi perangai pelik seorang pencinta buku itu selalu diperhatikan oleh orang lain. Ada sesetengah daripada perangai-perangai pelik tersebut terlalu janggal dilihat atau didengar oleh mereka yang tidak gemar membaca. Abang Jim tak nafikan ada dua ke tiga perkara yang Abang Jim tengok ada kat perangai kawan Abang Jim yang bergelar pencinta buku. Kat sini Abang Jim nak senaraikan 10 perangai pelik mereka.
1. Suka hidu bau kertas buku
Perangai ini rasanya semua orang yang suka membaca akan buat. Terutama buku yang baru dibeli. Perkara pertama akan dibuat mesti dengan cium bau kertas buku tersebut.
2. Penanda buku
Akan gunakan apa sahaja sebagai penanda buku. Sebagai contoh, sampul duit raya, sticker, kertas kecil, tisu dan sebagainya. Jika penanda buku itu hilang, memang akan mengundang kemarahan si pemilik buku.
3. Gaya baca buku
Macam-macam gaya semasa membaca buku. Ada yang lebih selesa membaca sambil baring tapi ada juga yang lebih suka membaca sambil duduk di atas kerusi sahaja. Lain orang lain gayanya. Ikut keselesaan masing-masing.
4. Membaca semasa B.A.B
Mesti ramai yang tertanya apa itu B.A.B kan? Maksudnya ialah membaca semasa buang air besar. Ada yang mengatakan kalau membaca semasa buang air besar ini lebih feel dan rasa nyaman je.
Baca artikel ini: Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Berjumpa Dengan Doktor
5. Membayangkan watak dalam buku
Mesti ada di antara korang yang suka buat perangai ni. Benda ini bukanlah perkara yang pelik kerana apabila kita fokus membaca buku dan attached dengan watak-watak dalam buku tersebut, pastinya watak-watak itu akan selalu terbayang-bayang dalam kepala.
6. Pantang ada promosi
Pantang ada promosi mesti nak borong buku. Bagi pencinta buku yang tahap dewa, ini adalah salah satu perangai yang sukar untuk dielakkan. Bagi kelompok pencinta buku jenis ini, melihat promosi-promosi buku yang diadakan ibarat Fatah Amin jatuh cinta memandang Fazura.
7. Tak cukup duit
Duit tak sebanyak buku yang nak dibeli. Perkara ini tentunya dialami oleh ramai pencinta buku terutamanya waktu-waktu tengah kering. Banyak je buku yang nak dibeli tapi apakan daya duit yang ada perlu juga disimpan untuk bajet makan dan lain-lain. Beli buku pun beli buku, tapi nasi kena makan juga.
8. Cinta pandang pertama
Jatuh cinta pandang pertama bukan hanya pada manusia je. Ia juga boleh berlaku di antara manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuh-tumbuhan dan juga dalam konteks ini, manusia jatuh cinta dengan buku. Jadi selama bergelar pencinta buku, sudah berapa kalikah korang jatuh cinta pandang pertama?
9. Suka lepak
Pernah tak anda sangkut dekat mana-mana kedai buku khusyuk membaca mana-mana buku yang menarik minat anda? Kedai buku seperti Borders, Kinokuniya atau MPH. Adalah antara kedai buku yang kita boleh selalu lepak sambil membaca tanpa dipandang serong oleh pekerja mereka. Namun, kalau sudah lepak sampai sejam dua tu janganlah sampai tak beli langsung atau setiap kali datang buat perangai yang sama. Bukanlah tak boleh, tetapi berpada-padalah.
10. Pinjam buku tapi tak reti pulangMacam haram kan perangai macam ni? Orang yang pernah kena pasti terasa peritnya. Buku yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri dan dijaga dengan penuh kasih sayang hilang tak dipulang begitu sahaja. Jangan terkejut kalau kami katakan ada pencinta buku yang sanggup berbelanja untuk membeli sekali lagi buku yang sama semata-mata untuk menggantikan koleksi buku yang tidak dipulangkan oleh kawan yang meminjam.
Baca artikel ini: Lucu! Gambar Di Instagram VS Realiti