Menu Mala-tup Untuk Sambutan Tahun Baru Cina Di The Chicken Rice Shop

Pedas meletup tapi bikin ketagih! Mungkin inilah ungkapan terbaik untuk mendefinisikan rasa menu baharu dari The Chicken Rice Shop. Menu eksklusif Ayam Mala B’jan ini sedia untuk dinikmati di mana-mana cawangan TCRS untuk masa TERHAD bermula daripada 22 Januari 2024 hingga 3 Mac 2024. 

Istilah “Mala” berakar umbi dari tradisi masakan Cina. Ia berasal daripada gabungan dua aksara Cina: “ma”, menandakan kebas, dan “la”, bermaksud pedas. Rasa tersendiri ini telah mendapat populariti meluas di seluruh dunia, mempamerkan kepelbagaian dan palet masakan Cina. Dengan Ayam Mala B’Jan, TCRS dengan bangganya memperkenalkan hidangan yang menawan semangat perayaan dengan menggabungkan rasa Mala yang manis dan pedas, dilengkapi dengan kerangupan bijan.

Menu ini didatangkan bersama minuman Mango Melon Splash yang menyegarkan untuk pengalaman kulinari yang berbeza dari yang lainnya. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong, Tahun Baru Cina adalah masa untuk pertemuan semula yang diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan. Menu Ayam Mala B’Jan mengambil contoh semangat ini, meraikan kebersamaan dengan gabungan unik perisa Mala dan Bijan.

“Di The Chicken Rice Shop, dedikasi kami untuk mencipta pengalaman menjamu selera yang luar biasa sejajar dengan komitmen kami untuk meraikan tradisi perayaan Malaysia yang pelbagai dan berwarna-warni. Dengan Ayam Mala B’Jan, kami kekal dengan slogan kami ‘Nasi ayam dan banyak lagi,’ memastikan pelanggan kami merasai masakan Malaysia terbaik yang diperkaya dengan cita rasa perayaan,” tambah Kah Yong.

Buat semua peminat setia TCRS, jangan lupa dating dan rasakan sendiri menu istimewa ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat Tahun Naga!

Read Previous

ABARO ‘Shoes For You. Hopes For Them’: Mengukir Senyuman Kembali Ke Sekolah

Read Next

Jagakan Dia’ Trending! Taruhan Arul Rasheed Menjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 18 =