Pun Ada Jugak? 4 Benda Lelaki Inginkan Pada Wanita

Apa yang lelaki mahukan pada wanita? Satu soalan yang cukup misteri dan kekal misteri sehingga ke hari ini. Kerana cinta sangat subjektif. Cewah! Ada yang lebih memikirkan soal fizikal penampilan semata, ada juga acah-acah tahi ayam tengok pada kebaikan hati tapi lama-kelamaan penampilan juga difokuskan. Jangan tanya Abang Jim pilih yang mana. Rahsia. Hahaha!  Apa kaum Adam ini dambakan pada wanita? Kat sini Abang Jim nak senaraikan 4 perkara mengenai wanita yang menarik lelaki dengan serta-merta.

1.   Mengenakan solekan yang spesifik

Sesetengah lelaki mendakwa bahawa mereka lebih suka wanita tanpa solek kerana mereka kelihatan natural beauty. Tetapi menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Zoosk (online dating), daripada 1,200 wanita yang bersolek pada gambar profil mereka, 139 mereka lebih cenderung menerima mesej daripada lelaki. Lelaki lebih cenderung ingin bertemu seorang wanita jika dia memakai gincu dalam foto profil.

2.   Pakai warna merah

Merah adalah warna keghairahan. Jadi, tidak hairanlah lelaki begitu tertarik kepadanya. Dalam satu kajian psikologi dari University of Rochester, lelaki ditunjukkan gambar wanita dalam pakaian yang pelbagai warna. Rata-rata lelaki memilih wanita yang memakai merah.  Sebab warna merah kelihatan lebih cenderung dan seksi pada mata lelaki. Seterusnya lelaki lebih mungkin ingin mengajak wanita ini keluar.

Baca artikel ini: Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Beli Kediaman Berharga RM33 Juta

3.   Suara bernada tinggi

Ada tak sesiapa di sini boleh terpana dengan suara seseorang. Kajian menunjukkan bahawa wanita cenderung untuk mencari lelaki yang miliki suara deep. Ia bertentangan dengan lelaki. Pilihan ini mempunyai kaitan dengan saiz seseorang yang memiliki suara itu.

Jika wanita mendengar seorang lelaki dengan suara yang deep, dia mengaitkannya dengan keadaan yang lebih besar. Sebaliknya, apabila lelaki mendengar seorang wanita dengan suara yang tinggi, mereka mengaitkannya dengan seorang yang kecil molek, individu berangka kecil.

4.   Nisbah tubuh yang elok terletak

Perkara ini tidak berkaitan dengan daya tarikan dan lebih banyak mengenai kesihatan dan kesuburan. Bukti menunjukkan bahawa nisbah waist-to-hip adalah petunjuk kuat terhadap tahap estrogen wanita, sama ada risiko obesiti atau penyakit seperti kencing manis, kanser ovari dan jantung. 

Erti kata mudah, lelaki mahukan wanita yang menjaga kesihatan dengan bersenam dan sentiasa menjaga penampilan. Supaya bila mereka dalam sarungan pakaian, mereka kelihatan cantik terletak.

Apa pendapat korang, para wanita sekalian? Adakah korang memenuhi karakter di atas?

Baca artikel ini: Aduh Pening Kepala, Minta Bersabar Dengan Anak Kedua

Read Previous

Lagu Kanak-Kanak ‘Baa, Baa, Black Sheep’ Tentang Protes Cukai? Ini Kisahnya

Read Next

Sakit Beb! 7 Bahaya Berlaku Jika Korang Tidur ‘Salah Bantal’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + four =