5 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

Korang penggemar barangan berjenama mewah? Kalau iya, mungkin korang antara yang bertuah dan berkemampuan. Kalau Abang Jim pun mampu juga. Mampu tengok jer. Tidak kira dari pakaian, aksesori mahupun tas tangan yang bertatahkan berlian serta fancy fur, segalanya nyata bernilai tinggi. Ada di antaranya berharga seakan sama dengan sebuah banglo mewah. Kat sini Abang Jim nak senaraikan 5 rumah fesyen paling mahal di dunia biar mata korang semua berdarah tengok.

1.   House of Bijan, Beverly Hills

Mengungguli di tangga teratas kerana jenama ini dikatakan sebuah stor fesyen yang paling mahal di dunia. Ia dikatakan sebuah jenama yang lebih memfokuskan kepada fesyen buat lelaki, namun turut menghasilkan barangan fesyen buat wanita yang semestinya edisi terhad. Stor termewah ini diwarisi oleh Nicolas Bijan. Dikatakan yang stor fesyen ini mempunyai pelanggan yang dari presiden ke barisan selebriti, ia nyata menyediakan item fesyen yang terlalu mahal, dengan harga sut sahaja bermula dari nilai USD10,000 (RM42,675). Menjadi yang termewah, bahkan pelanggan yang mahu membeli barangan di stor fesyen ini juga perlu membuat temu janji kerana item di kedai ini dibuat berdasarkan permintaan.

2.   Versace, Rome

Antara jenama fesyen Itali yang mewah, Versace tidak hanya terkenal menerusi pakaian sahaja, tetapi tas tangan, cermin mata hitam, haruman, barangan kemas dan dekorasi. Sebuah tas tangan plain sahaja sudah boleh mencecah harga USD650 (RM2,773) manakala dompet formal ada yang bernilai USD2000 (RM8,535).

Baca artikel ini: Patutlah Awak Selalu Happy Jer Sebab Suka Aiskrim Vanilla Rupanya. Korang plak Suka Perisa Apa?

3.   Oscar de la Renta, New York

Berada di tangga yang ketiga dalam senarai kedai fesyen yang paling mahal di dunia, ia berlokasi di New York pada asalnya. Jenama ini telah popular sejak tahun 1965 lagi. Boleh dikatakan ramai selebriti terkenal dunia yang memakai jenama ini.

4.   Louis Vuitton, Rome

Louis Vuitton sememangnya satu jenama fesyen yang cukup popular dan tidak hairan ia termasuk dalam senarai ini. Stor utamanya terletak di Rome, namun ia mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Dengan rona-rona pilihan dalam setiap item fesyennya nyata buatkan ramai yang sukakannya.

5.   Bourdon House, London

London semestinya dibanjiri dengan stor fesyen antarabangsa serta butik pereka fesyen dunia tetapi hanya beberapa yang boleh dibandingkan dengan Alfred Dunhill’s Bourdon House di Mayfair. Bourdon House bukannya butik mewah biasa, ia memberikan pengalaman fesyen yang unik buat lelaki moden yang memahami pentingnya craftmanship dan kualiti.

Amacam? Berdarah tak hidung? Jangan kecam Abang Jim okey. Abang Jim tak bersalah dalam hal ini. Hahaha!

Baca artikel ini: Wow! 5 Buku Paling Mahal Yang Pernah Dijual

Read Previous

Setuju Tak? 10 Perangai-Perangai Pelik Pencinta Buku

Read Next

Mi Band 5, Gadget Pintar Dengan Harga Mampu Milik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + twenty =