Ramai yang tak sedar mungkin jenis bantal yang korang gunakan untuk tidur tue tak sesuai sampaikan ia mempengaruhi kualiti dan kesihatan hidup korang secara keseluruhannya. Pernah dengar istilah ‘salah bantal’. Benda tue jadi bila tiba-tiba korang rasa lenguh bahu setiap kali lepas bangun tidur. Abang Jim memang selalu kena, nak-nak Abang Jim nie jenis tidur mati! Bangun-bangun jer, aduh! Dia punya sakit tue sampai ke tengkuk! Ada banyak kesan tau akibat salah bantal nie. Jom kita tengok.
1. Sakit leher
Sekiranya kepala korang dibengkokkan lama, seperti ketika korang tidur, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Dan bergantung pada posisi tidur korang. Ia juga penting untuk menentukan berapa kuat bantal korang tue. Kerana jika terlalu lembut, ia boleh menyebabkan sakit leher. Sebagai contoh, bila korang meletakkan kepala ke bantal, dan terasa ianya terlalu mendatar maka ia tidak bagus untuk kepala dan leher korang. So korang akan rasa tidak selesa.
2. Sakit belakang
Cara bantal korang menyokong kepala, leher dan bahu juga dapat mempengaruhi keadaan belakang badan korang tue. Penyelarasan yang tidak betul semasa tidur boleh memburukkan lagi sakit belakang korang.
3. Sakit kepala
Tidur di atas bantal yang salah juga boleh menyebabkan sakit kepala. Sekiranya bantal korang tidak memberikan sokongan yang betul, leher korang mungkin berada dalam polisi yang tidak selesa semasa korang tidur. Itu boleh menyebabkan leher tegang dan mengakibatkan sakit kepala.
Baca artikel ini: Ayuh Mulakan! Jana Duit Dengan Hobi
4. Reaksi alahan
Sekiranya korang menghadapi masalah tidur, mata gatal, sakit kepala, bersin dan merasa letih pada siang hari, korang kena yakin ia adalah disebabkan oleh bantal yang korang gunakan tue. Korang harus mencucinya secara berkala sekiranya korang ingin mengelakkan alergi. Korang tak nampak sebenarnya kat bantal korang tue ada banyak tungau debu, yang menyebabkan ramai orang alah. Gejala lain mungkin termasuk masalah asma, ekzema, dan sinus.
5. Masalah kekurangan tidur
Sama ada alahan yang membuat korang terjaga pada waktu malam atau sakit di leher, bantal yang buruk boleh menjadi sebab mengapa korang tidak mendapat kualiti tidur yang betul. Kurang tidur boleh menyebabkan pelbagai masalah dari mempengaruhi kemahiran berfikir korang hinggalah meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi.
6. Anda mungkin menghadapi masalah kulit
Semasa korang tidur, wajah korang akan bersentuhan dengan sarung bantal. So banyak bakteria, kotoran dan minyak wajah korang melekat kat permukaan bantal. Keadaan itu boleh merengsakan kulit korang dan menyebabkan jerawat.
7. Mengakibatkan dengkur
Bantal yang tidak selesa atau bantal keras yang mendorong kepala ke hadapan boleh menyebabkan korang berdengkur. Kalau korang alah pada tungau debu, keradangan di hidung dan tekak, korang boleh berasa sesak nafas dan membuatkan korang berdengkur dengan kuat.
So sekarang perhatikan bantal yang korang guna tue sekarang! Tengok keadaan bantal korang tu cantik ke tidak? Kalau agak-agak dah rupa ‘roti tirai’, berpeta sana, berpeta sini, sila tukar kepada bantal yang baru yer adik-adik.
Baca artikel ini: Makna Di Sebalik Warna Bunga Ros