Siapa dalam kalangan anda suka minum kat kedai? Haa tahu tak kita boleh teka personaliti seseorang berdasarkan minuman yang selalu mereka pesan kalau pergi ke warung.
Jadi Hari ini min nak kongsi tafsiran personaliti ikut jenis minuman. Kali ini min kongsi empat je minuman dulu iaitu teh, kopi, air limau atau air kosong.
1. Teh
Bagi penggemar teh atau yang selalu pesan teh kalau kat warung atau kedai, kamu adalah seorang yang mudah dijangka, maksudnya tidak terlalu kompleks dan “easy going.” Pada masa sama kamu lebih gemar berinteraksi malah kadang kala tak sedar hari sudah lewat. Kebanyakkannya merupakan seorang yang ceria dan ramah.
2. Kopi
Penggemar kopi ni selalunya merupakan orang yang lebih tenang. Kebanyakkannya adalah decision maker. Bagaimanapun penggemar kopi ni juga lebih mudah stress sebab tu kalau stress dia akan cari kopi sebagai ubat penenang. Kalau diikutkan banyak penggemar kopi ni orangnya kacak dan lawa.
3. Air limau
Penggemar air limau pulak adalah seorang yang sukakan cabaran, berjiwa besar dan sukakan aktiviti lasak. Dia unik dengan cara tersendiri dan seorang yang ceria. Dia mudah bawa berbincang namun pada masa sama tegas denga pendirian sendiri. Mulut dia gak pedas lah tapi hati tetap baik.
4. Air kosong
Kalau orang tu selalu pesan air kosong je dia merupakan seorang yang sangat berhati-hati. Agak berkira tetapi baik hati. Dia juga lebih telus namun pada sama lebih pendiam. Bila dia selesa dengan seseorang baru dia aktif berborak.
Ini adalah huraian secara kasar yer, nanti akan datang ada lagi yang menyusul yer lebih detail.