Fuhh! Pengalaman kena minyak panas, dia punya menggelupur tue memang tak ingat dunia! Nak-nak kalau masa tue tengah menggoreng ikan keli. Macam yang korang faham, kalau menggoreng ikan keli dia akan meletup-letup. Habis segala minyak panas tue kena kat kulit Abang Jim yang mulus nie.
Disebabkan itu, sudip atau alat gorengan lain dicipta untuk membantu proses menggoreng. Namun, berbeza dengan beberapa manusia ini kerana mereka dikatakan mampu menggoreng dengan hanya menggunakan tapak tangannya! Nah korang tengok video kat bawah nie.
Kat dalam video tue menunjukkan 4 orang manusia ini sedang membolak balikkan gorengan dengan menggunakan tangan di dalam minyak panas. Malah, selepas selesai menggoreng, mereka juga mengaut gorengan tersebut untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Baca artikel ini: Suka Buah Laici? Yes Memang Patut Pun Korang Makan
Perghhh! Hebat tak hebat? Korang tengok muka mak cik tu slumber jer bhai celup tangan dalam mintak panas. Tangan mak cik tue pun Abang Jim tengok dah macam sudip dah. Tapi awas yer korang, jangan sesekali tiru aksi ini di rumah, melainkan korang adalah superpower. Macamlah Abang Jim tak kenal korang.
Baca artikel ini: Giler! Suntik 20 Kali Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia