Satu perkara yang paling generasi millennial suka adalah selfie dan OOTD. Kalau selak laman sosial masing-masing comfirm mesti ada gambar selfi pelbagai angle dan pakain yang stail dan gempak atau orang kata sos med worthy.
Tidak kisahlah lelaki atau perempuan malah, bukan millennial je tapi generasi terdahulu pun dah rajin nak selfie dan OOTD.
Kali ini min nak cerita sikitlah dari pemerhatian min apa background yang popular selalu budak-budak millennial ni suka bergambar.
1. Latar belakang alam sekitar
Kalau ikutkan latar belakang macam ni memang cantik untuk bergambar. Lebih lebih lagi kalau pergi bercuti kan dah lah alam sekitar cantik orang kat dalam pun jadi cantik juga. Selalu kalau scroll post nampak gambar macam ni mesti berhenti jap ada yang tengok orangnya dan ada yang menghargai pemandangannya juga.
2. Tepi pantai
Tepi pantai adalah latar belakang popular kalau instafamous tak sah kalau tak psing tepi pantai. Kalau tiba masa sunset atau sunrise lagi la golden hour. Kalau pergi Maldives ke Pulau Tioman mesti post laman sosial penuh lah seminggu gambar kat pantai je.
3. Kat Wedding
Ini paling banyak juga nampak. Posing-posing kat wedding. Kebanyakkannya background pelamin tak pun photobooth, kadang-kadang pengantin yang kena tunggu sampai orang habis bergambar atas pelamin baru dapat duduk balik kat atas tu. Ye lah bukan selalu ada pelamin kan. Pelamin sendiri entah bila tak tahu.
4. Tengah jalan
Kalau ikutkan bahaya kan nak ambil gambar tengah jalan tapi kalau dapat memang rare lah. Lokasi tengah jalan ni ikut tempat kalau sekelilingnya cantik macam ada pokok-pokok bunga tau bukit bukau sebagai tambahan lagilah cun. Kalau ikutkan orang yang memang hati kering je nak bergambar tengah jalan.
5. Kereta orang
Ini memang selalu lah ada gambar dengan kereta mewah memang tak dapat dilepaskan. Yelah sendiri nak beli tak mampu. Kebendaan ni memang ada tarikan tersendiri tetapi bila ambil gamba dengan kereta orang jaga-jagalah jangan sampai calar dan caption tu jangan riak sangat kalau owner nampak malu.