Jarang Abang Jim dengar orang jadikan buah laici sebagai buah kegemaran. Selalu kalau tanya siapa pun, buah kegemaran korang apa, jawapan yang diterima durian, manggis, mangga atau tembikai. Mungkin hampir tiada yang cakap buah laici. Untuk pengetahuan korang, buah ini berasal dari Asia Selatan, dan popular sebagai perasa untuk gula-gula, ais krim, sirap, dan sebagainya. Tak semua tahu khasiat buah laici baik untuk kesihatan. So kat sini Abang Jim nak kongsikan manfaat buah laici.
1. Mengandungi Oligonol
Oligonol adalah sejenis polyphenol yang terkandung dalam buah laici. Ia berperanan sebagai antioksidan serta anti influenza. Memakan buah laici dapat melindungi kulit dari paparan sinar UV, mengurangkan lemak serta meningkatkan stamina.
2. Mencegah anemia
Buah laici kaya akan kandungan zat besi yang dapat membantu menyeimbangkan jumlah hemoglobin di dalam darah dan mencegah anemia.
3. Mencegah kanser
Kandungan antioksidan dalam buah laici boleh membantu mencegah kerosakan tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Hal ini sekaligus mencegah pertumbuhan sel kanser, terutama kanser payudara dan kanser prostat.
Baca artikel ini: Rawat Kulit Dengan Kunyit
4. Melindungi jantung
Laici juga mampu membantu mengurangkan kandungan LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Dengan cara meningkatkan kandungan HDL atau kolesterol baik, serta melancarkan peredaran darah ke jantung.
5. Meningkatkan immun tubuh
Kandungan vitamin C membantu meningkatkan immun tubuh dan mencegah selsema, demam serta jangkitan lain.
6. Melancar pencernaan
Kandungan serat dan vitamin B dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melancarkan pencernaan. Korang juga boleh memanfaatkannya sebagai buah diet untuk tahan nafsu makan.
7. Menurunkan tekanan darah tinggi
Kajian membuktikan bahawa makanan yang kaya antioksidan dapat menyeimbangkan kembali tekanan darah. Kandungan potasium dalam laici sendiri dapat mengimbangkan tekanan darah tinggi.
Hebatkan? Kalau korang nak makan buah laici, pastikan korang makan buah laici yang segar, dan bukan buah laici yang telah ditinkan. Barulah korang akan dapat manfaat sebenar yang ada pada buah laici.
Baca artikel ini: Ubah Gaya Rambut Untuk Nampak Lebih Muda