One Canon One Tree: Usaha Alam Sekitar Canon Berakhir di Paya Indah Wetlands

Inisiatif hijau One Canon One Tree Canon Marketing Malaysia melabuhkan tirai 2023 dengan penanaman 500 batang pokok di Paya Indah Wetlands (PIW), Dengkil. Ia dilakukan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Negara yang disambut pada 21 Oktober setiap tahun. 

Usaha ini melibatkan gabungan lebih 120 orang staf dari Canon, Canon MailCom Malaysia dan Canon Medical Systems Malaysia dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS), Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dan Paya Indah Wetlands (PIW). 

Sehingga kini, program yang dimulakan sejak 2016 ini telah berjaya mencatat rekod penanaman lebih 9,000 batang pokok di seluruh negara.

Aktiviti penanaman pokok ini bertujuan mengembangkan biodiversiti, meningkatkan kualiti udara serta mencipta hutan hujan kecil di sekitar kawasan bandar. Selain itu, aktiviti ini juga sejajar dengan usaha kerajaan yang berterusan untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025. 

Dengan berpandukan prinsip “Imaging for Good,” Canon berhasrat untuk membangunkan masyarakat lestari yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sambil mencipta dan merakam senyuman sepanjang perjalanan itu. Canon terus memperkasakan kemajuan jangka panjang serta memupuk impak positif secara aktif melalui komitmennya terhadap falsafah korporat “Kyosei”.

Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif tanggungjawab sosial alam sekitar dan korporat Canon di https://my.canon/en/consumer/web/company-about-csr 

Read Previous

Penipuan E-Dagang: Cari Keseimbangan Antara Kemudahan dan Keselamatan, Elak Jadi Mangsa

Read Next

ABARO ‘Shoes For You. Hopes For Them’: Mengukir Senyuman Kembali Ke Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 7 =