Siapa yang tak gelap mata bila boleh mendapatkan duit dengan cara mudah, kan? Like, share, subscribe tiba-tiba duit masuk akaun. Dalam keadaan pandemik yang mendesak, semua orang terdesak mahu jana pendapatan lebih mudah tertipu.
Untuk yang mendaftar dengan bayaran, ganjaran yang mereka dapat untuk sebulan tak sampai RM100. Maka ramailah yang terjerat akan sign up pakej-pakej yang disediakan semurah RM100 dan semahal RM9,900 untuk dapatkan pulangan sehingga RM11,514.
Yang meragukan, maklumat pemilik Isharefans ni private dan baru je didaftarkan bulan Ogos lepas. Malah domain pun didaftar hanya untuk setahun sedangkan biasanya syarikat besar akan daftar secara lumsum 3 tahun.
Memberi alasan COVID-19 sebagai punca kelewatan pembayaran, ramai yang dah nasihatkan orang ramai yang terjebak supaya segera undur diri sebab ianya scam je. Tapi macam biasa, ramai yang masih percaya.
Akhirnya, ramai yang terciduk dan mengalami kerugian yang bukan sikit. Ada juga yang dah melabur simpanan mereka yang ada semata percayakan skim ini.
Yang sudah terkena, harapnya lebih berhati-hati di masa akan datang. Yang belum terkena, moga korang semua alert dengan skim yang meragukan macam ni. Memang tawaran yang dijanjikan tu boleh buat kornag gelap mata, tapi fikir balik secara logik.
“Ada ke orang senang-senang nak bagi duit?” Nak elak kena scam, korang boleh semak dulu dengan website PDRM ni.
Korang juga berminat nak baca:
4 Cara Popular Sindiket Macau Scam Cuci Duit Haram