• November 28, 2020

5 Jenis Makanan Jimat Orang Bujang

Sebagai student atau orang bujang, mesti lah ada hari yang mungkin kita tak de duit nak makan, malas nak keluar rumah atau bilik kolej. So biasanya kita akan stock up bilik dengan makanan. Bagi Abang Jim, tak berapa sedap tak mengapa, yang penting perut korang kenyang. Korang mesti pernah makan atleast satu makanan dalam list ni. Jom kita explore!

1.   Nasi Bujang

Hidangan nasi yang paling simple dan mungkin paling popular bagi students yang nak makanan murah tapi kenyang. Dengan hanya nasi putih, telur dadar, timun, sambal belacan dan sup, nasi bujang merupakan hidangan terbaik kalau korang ada hari yang tak berapa ada duit tapi perlu makan nasi. Biasanya nasi bujang ni dijual dengan harga RM2 ke RM3 je!

2.   Roti Kaya

Roti dengan sapuan kaya adalah lagi satu makanan kebiasaan orang bujang atau student. Biasanya roti dengan kaya tak de pun nak bagi kita kenyang. Cuma nak pastikan kita tak lapar. Tapi tak semestinya sebab tak de duit. Mungkin student yang malas nak keluar bilik akan makan ni je. Kita tak boleh nak judge eh!

3.   Nasi, Sardin Dengan Telur

Ni perlukan effort lebih kalau nak makan tapi orang bujang memang banyak makan ni sebab guarantee kenyang. Murah je nak beli semua bahan, mungkin dalam RM4 atau RM5 total dan senang dimasak. Kalau dekat rumah dan kalau pandai buat actually sedap. Tapi kalau dah student biasalah, asalkan boleh ditelan dan kenyang!

Baca artikel ini: Lagu Kanak-Kanak ‘Baa, Baa, Black Sheep’ Tentang Protes Cukai? Ini Kisahnya

4.   Biskut dan Air Milo

Hidangan “tea-time” ni Abang Jim pun biasa buat masa dekat kolej dulu. Eh, sekarang pun kadang-kadang buat. Bukannya sebab tak de duit pun, tapi sedap dibuat jajan atau sebab nak kunyah something. Tapi biasa bukan makan waktu tea-time pun. Biskut cream crackers dengan air milo, teh, atau apa-apa air panas pun sedap makan waktu malam bila sejuk. Hidangan simple ni cukup nak pastikan korang tak lapar sebelum tidur kalau tetiba craving nak kunyah something lepas makan dinner.

5.   Nasi Lemak

Abang Jim tau korang cari nasi jugak waktu breakfast kalau bukan roti canai. Tak salah pun sebab nasi memang buat kita kenyang. Nasi lemak waktu breakfast memang padu. Not to mention dia murah jugak. Biasanya kalau nak betul-betul jimat tu waktu breakfast dah beli lebih untuk lunch sekali. Haa, kan dan save kat situ!

Tak terkejut Abang Jim kalau korang dah pernah makan semua makanan dalam list ni. Biasalah, kita sebagai student atau orang bujang kalau tak de duit atau just malas nak keluar rumah. Mungkin korang sekarang dah makan mewah. Atau mungkin still amalkan makanan di atas. Bukan sebab tak mampu tapi sebenarnya sedap. Haa, itu terpulang kepada diri masing-masing. Yang penting, kita semua tak berlapar. 

Baca artikel ini: Ayuh Mulakan! Jana Duit Dengan Hobi

Read Previous

Tak Melecur Ke Tue? 4 Individu Slumber Jer Menggoreng Guna Tangan

Read Next

Lucu! Gambar Di Instagram VS Realiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 15 =