8 Cara Mudah Untuk Lupakan Bekas Kekasih

Pernah putus cinta? Abang Jim dah 15 kali putus sampai dah tak rasa apa-apa dah. Sedih memang la sedih, tapi sampai bila nak sedih? Untuk melupakan bekas kekasih, adalah lebih baik jika korang merancang untuk elakkan perkara yang boleh buat korang tambah menderita sepanjang tempoh pemulihan tersebut. Sebab dah terlalu banyak pengalaman putus cinta, kat sini Abang Jim nak kongsikan 8 cara mudah untuk korang lupakan ex korang tu.

1.   Tetapkan Tempoh Bersedih

Otak korang akan mengaitkan perpisahan dengan rasa sakit. Malah, penderitaan psikologi boleh menjadi sangat menyakitkan dan ia boleh menyebabkan tekanan. Oleh itu, ada baiknya untuk korang tetapkan tempoh bersedih dan perlahan-lahan menerima segala-galanya telah berakhir. Move on please.

2.   Jangan Terperangkap Dalam Kenangan Masa Lalu

Daripada terus mengingati masa lalu, cuba buat senarai tentang perkara yang buat hubungan tersebut gagal. Pertimbangkan sikap dan kelemahan bekas kekasih. Mungkin ia bukan masa yang tepat atau mungkin korang ingin bergerak ke arah matlamat yang berbeza. Pastikan senarai itu di tampal di dinding atau cermin meja solek agar setiap kali korang rasa ingin menelefon bekas kekasih, lihat semula sebab mengapa korang tidak harus melakukannya. Wujudkan rasa benci pada bekas kekasih, tapi janganlah melampau sampai nak kena jumpa bomoh pulak!

3.   Ubah Cara Pemikiran

Apabila korang bersama dengan seseorang, mungkin korang rasakan dia adalah tempat untuk korang bergantung harap. Tetapi selepas berpisah, pemikiran tersebut perlu diubah. Gantikan bekas kekasih itu dengan seseorang yang mencintai korang seperti ibu, bapa, kakak atau ahli keluarga lain. Mereka boleh membantu untuk mengingati siapa korang sebenarnya. Luangkan masa dengan mereka dan latih otak korang untuk memahami bahawa keintiman tidak semestinya perlu datang dari bekas kekasih.

Baca artikel ini: Jangan Gembira Sangat: Kenali Maksud Tersirat Di balik Bilangan Bunga Ros

4.   Tolak ‘Permintaan Jadi Sahabat’

Ex korang mungkin boleh berkata,”kita masih boleh jadi kawan.” Tidak, tidak semua orang boleh berkawan dengan bekas kekasih! Jangan menipu diri sendiri, sama ada korang berpisah dengan cara baik atau buruk, korang tidak boleh menjadi kawan dengan mudah apabila hati masih lagi sakit. Persahabatan hanya boleh terjalin apabila korang dan bekas kekasih tidak lagi menyimpan perasaan antara satu sama yang lain. Tapi boleh percaya ke?

5.   Hilangkan Kemungkinan Untuk Berhubung

Sebaik sahaja hubungan bersama bekas kekasih tamat, cuba untuk tidak hubungi mereka dalam apa cara sekalipun. Jangan telefon, berbalas mesej atau e-mel. Pastikan dia tidak muncul di media sosial korang. Kalau boleh blocked terus semua sosial media dia. Pastikan anda tegas untuk mencapai matlamat ini kerana ex korang mungkin mahu terus berkomunikasi dengan korang. Jadi daripada menjawab panggilannya, apa kata hubungi kawan rapat untuk mengingatkan korang mengapa panggilannya tidak perlu dijawab. Tapi waktu tengah hangat bercinta selalunya kawan rapat semua dah kena buang. Huhuhu.

 6.   Jangan Hubungi Kawan Dan Keluarganya

Sepanjang menjalinkan hubungan, korang mungkin baik dengan keluarga dan rakan bekas kekasih. Sebaik sahaja hubungan itu putus, ia adalah idea yang baik untuk mengelakkan daripada bertemu atau menghubungi mereka. Bukan sahaja korang akan tergoda untuk bertanya tentang dirinya tetapi mereka boleh mengingatkan korang tentang bekas kekasih.

7.   Jauhi Perkara Yang Mengingatkan Tentang Bekas Kekasih

Buang, derma atau sembunyikan semua perkara atau benda yang mengingatkan anda kepada bekas kekasih. Padamkan e-mel romantik, mesej, pesanan suara dan juga gambar pada telefon bimbit korang. Ini kerana jika korang melihat sesuatu yang buat korang ingat akan hubungan itu, korang akan mula ragu-ragu. Lagi-lagi perempuan sebab hati lemah. Bila dah jadi macam tu, korang akan mula teringatkan bekas kekasih dan merinduinya.

8.   Cari Hobi Baru

Untuk memastikan fikiran korang tidak terlalu fokus pada perpisahan dengan bekas kekasih, isikan masa terluang dengan melakukan perkara yang korang suka. Mengapa tidak cuba hobi baru? Mungkin dengan cara ini korang dapat menemui bakat yang tersembunyi dan sekali gus mencapai impian baru dalam hidup anda.

Sebenarnya putus cinta ni dah jadi macam rencah dalam kehidupan setiap orang. Pegang jer dengan kata-kata ‘kalau jodoh tak ke mana’, korang akan faham nanti. Banyak dah kes bercinta macam nak gila sejak zaman sekolah, last-last kahwin dengan orang lain. Tak ada jodoh ler tu.

Baca artikel ini: Ketahui 9 Maksud Di Sebalik Warna Yang Korang Suka

Read Previous

5 Pekerjaan Paling Fun!

Read Next

Nak Kuku Cantik Dan Sihat? Ikut 5 Petua Mudah Ini

One Comment

  • saya sedang mealui situasi no.4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 18 =