Nak jadi copywriter?! Baca dulu baru decide okay

Bila check kerja kosong kat mana-mana platform pencari kerja mesti selalu terjumpa iklan nak cari copywriter. Ada yg bagi description simple untuk jelaskan apa yg korg perlu ada bila nak apply. Kebiasaannya kena ada penguasaan bahasa yg bagus, kemahiran SEO dan boleh check/edit META elements, syntax, proofreading, etc. Korg rasa korg ada semua tu?

Biasanya copywriter ni kena berupaya utk mengubah iklan atau bait-bait pendek jadi awesome atau literary genius. Of coz la kita nak org yg boleh ubah pembaca kepada pembeli. Itu kelebihan copywriting, kita nak pembaca utk bertindak mengikut apa yg kita tulis. Tak kira lah membeli, memilih atau sekadar engage dgn produk atau servis yg disenaraikan.  

Grafik memang lah penting utk buat org tertarik, first impression kan. Tapi penulisan kreatif yg kena dengan grafik yg digunakan akan meninggalkan impak yg kekal dlm kepala pembaca.

Dlm zaman internet dan social media yg buat org biasa melihat lebih 500,000 perkataan sehari, tak kira lah dalam bahasa apapun, penulisan kreatif kenalah spot-on!

Untuk hasilkan penulisan yg sebegini kenalah paksa sel-sel otak tu utk kena keras sepanjang masa. Rajin membaca tu WAJIB, walaupun iklan kat FB yg korg biasa ignore tu. Sebab hanya dengan cara tu kirg boleh faham dan rasa sendiri camner feel writing yg ada dan apay g berkesan utk korg pakai.

1. Menulis copy yg efektif

Ayat kena power, bukan mengayat yer. Ada beza kat situ walaupun tujuannya sama. Apa yg kita tulis kenalah menarik utk org baca. Pemilihan perkataan pun kena tepat, so vocabulary kena banyak dan kena faham penggunaannya. Jgn main bedal jer yer. Kadang2 ada perkataan sama yg membawa maksud dan nada yg berbeza. Kena hati-hati. Jgn over-used perkataan sama sampai pembaca bosan atau penulisan korg jadi cliché.

2. Kena ikut guidelines

Sebagai copywriter, kena selalu tanya soalan2 ni sebelum mula menulis :

Adakah nada dan gaya penulisan korg kena dengan target audience?

Kalau tulis pasal produk, boleh tak korg bagi bukti pada apa yg kita claim?

Jujur tak kita dengan apa yg kita tulis tentang produk atau servis yg korg sarankan?

3. Cepat dan betul

Macam slogan pulis la plak. Tapi itulah kenyataannya. Seorg copywriter ada banyak deadline. Semua tu kena follow. Utk siapkan satu atau dua penulisan yg berkesan kadang2 kena amik masa berejam perah otak. Copywriter berpengalaman pun kadang2 ada writer’s block yer!  So kalau nak senang kena selalu ingat 4 ni:

Sapa target audience?

Satu perkataan yg boleh describe produk/servis ni?

Satu perkataan yg menggambarkan apay g korg dapat dari produk/servis ni?

Apa yg membezakan produk/servis ni dengan yg dah ada kat luar tu?

4. Emosi

Sentimen yg korg sampai kan pada pembaca kena tepat. Kelebihan copywriter kena pandai guna emosi utk ‘seal the deal’. Korg kena anggap pembaca tu ada depan mata supaya senang nak bayangkan penyampaian korg.  

So, semua org boleh menulis tapi hanya sedikit yg boleh betul2 jadi copywriter yg bagus. Kalau nak pilih ni jadi kerjaya kenalah persiapkan diri dengan pengetahuan di luar kotak dan berani utk stand by what you write. Good luck!

Kredit gambar utama: freepik.com

Read Previous

Elak Tertipu Dengan Semak Dulu Maklumat Penjual Menerusi Website PDRM Ini

Read Next

Sebab Kenapa Tak Digalakkan Untuk Balas Live Chat Rider FoodPanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × one =