Lagi power dengan Leica! Xiaomi 13T Series Kini Berada Di Pasaran!

Xiaomi 13T Series, yang menampilkan kanta kamera ikonik yang direka cipta bersama dengan Leica, kini boleh didapati di kedai dan secara dalam talian dari 7 hingga 22 Oktober. Pembeli smartphone Xiaomi 13T Pro atau Xiaomi 13T dalam tempoh ini akan menerima hadiah percuma istimewa*. 

Siri ini menawarkan keupayaan kamera yang mengagumkan, dengan Xiaomi 13T Pro menyokong rakaman video 8K dan OIS/EIS, manakala kedua-dua model menyokong rakaman video 4K pada semua jarak fokus. Sistem pengimejan yang ditala Leica dalam Xiaomi 13T Series terdiri daripada kamera sudut lebar Leica 50MP dengan panjang fokus setara 24mm, kamera telefoto Leica 50MP dengan panjang fokus setara 50mm dan kamera ultralebar Leica 12MP dengan panjang fokus setara 15mm. Lebih menarik bila Xiaomi 13T Series ini direka dengan lensa asfera untuk tangkap lebih banyak cahaya. Sangat ideal untuk ambil gambar view dan rakam landskap yang menakjubkan.

Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity untuk prestasi cekap dan didatangkan dalam tiga pilihan warna: Alpine Blue, Meadow Green dan Black. Xiaomi telah melancarkan produk AIoT pintar baharu bersama siri ini iaitu Xiaomi Watch 2 Pro, Xiaomi Smart Band 8, and Redmi Pad SE.

Harga dan ketersediaan

Dari 7 hingga 22 Oktober 2023, Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T akan tersedia untuk pembelian di kedai Xiaomi yang sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia, dan kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Dalam tempoh ini, pelanggan juga akan mendapat hadiah PERCUMA* dengan sebarang pembelian Siri 13T Xiaomi.

Setiap pembelian Xiaomi 13T Series juga akan menerima pakej premium yang merangkumi penggantian skrin percuma (dalam tempoh enam bulan selepas pembelian) bernilai RM 299; cloud storage 100GB pada Google One selama 6 bulan dan 1+1 tahun jaminan lanjutan pada peranti premium baharu.

Selain itu, pembeli juga boleh menikmati harga istimewa awal dengan Xiaomi Watch 2 Pro dan Xiaomi Smart Band 8 yang baru dilancarkan, masing-masing pada harga RM 999 dan RM 159. Sementara itu, Redmi Pad SE, berharga RM799 boleh didapati di kedai mulai 7 Oktober.

* Hadiah percuma tersedia dengan sebarang pembelian telefon pintar Xiaomi 13T Series. Hadiah percuma berbeza apabila dibeli di kedai dan dalam talian, sementara stok masih ada.

Read Previous

10 ‘MUJI-Inspired’ Barang Hiasan Rumah Harga Bajet

Read Next

Pahlawan Nasi Lemak, Rojak Man & Kapten Cendol: ‘The Muralz’ Menggegar di GSC!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =