10 ‘MUJI-Inspired’ Barang Hiasan Rumah Harga Bajet

Siapa kata kalau nak dekor hiasan dalaman rumah nak kena ada kos besar baru Nampak cantik? Ada jer yg ruang rumahnya pakai barangan hiasan import dengan kos riban-riban tapi nampak lebih Semak dan ‘murah’. Sebenarnya, dengan mementingkan reka bentuk dan kreativiti, anda boleh mengubah walaupun ruang yang paling mudah menjadi syurga yang bergaya dan selesa. Barulah betul rumah ku syurga ku!

Ini caranya! Terokai reka bentuk dalaman moden yang diilhamkan oleh estetika MUJI tanpa perlu berbelanja besar dengan Lazada’s RM9.90 All In! Tidak kira sama ada anda baru nak berjinak-jinak menghias rumah atau seorang penghias yang berpengalaman, anda boleh mencipta rumah yang bergaya mengikut bajet.

Ubah ruangan yang anda mahu tanpa perlu membebankan bajet bulanan dengan  menggabungkan konsep ‘thrifting’ dan projek DIY. Tips mesra bajet ini membantu mencipta ruang yang mencerminkan keperibadian dan citarasa anda. Ingat, minat dan dedikasi anda lebih penting daripada wang yang dibelanjakan. Cipta ruang kediaman yang elegan dan mampu milik yang selesa dan menenangkan.

Keajaiban Decluttering

Mulakan ubah suai rumah mesra bajet anda dengan merapikan. Ruang yang kemas lebih menarik. Susun semula perabot dan hapuskan barang yang tidak diperlukan untuk suasana yang menggembirakan. Melabur dalam rak, bakul dan simpanan untuk kekemasan. Ubah cabinet kasut dan jimatkan ruang dengan Multi-Layer Floor Shoe Rack Shoe Storage atau settlekan masalah overcrowded wardrobe dengan Foldable Storage Bag Box Organiser.

Fungsi Pencahayaan

Pencahayaan bukan hanya mampu mengubah suasana bilik tapi juga mood anda. Lampu yang diletakkan dengan baik boleh meningkatkan gaya mana-mana bilik, dan pilihan yang berpatutan tersedia untuk dipadankan dengan citarasa anda. Dapatkan suasana bilik yang warm dan selesa dengan Night Lamps. Dan untuk yang mementingkan alam sekitar, boleh guna Wireless Smart Sensor Light, yang memberikan gaya dan kelestarian!

Thrifting!

Perabot vintaj dan retro menawarkan keindahan. Kedai barangan terpakai, pasar loak dan jualan garaj mempunyai barangan buatan tangan yang berpatutan, jarang ditemui. Bingkai berinspirasikan antik, cermin hiasan dan perabot desa menambah ciri dengan murah. Mencampurkan hiasan moden dan tradisional mencipta suasana yang menawan. Ia menggabungkan keanggunan dan fungsi reka bentuk moden dengan karisma abadi estetika klasik.


Boleh mula dengan seuatu yang simple seperti Vintage Traditional Ethnic Style Pillow Case untuk tambahan warna. Jangan lupa untuk gunakan bau-bauan ruang seperti Vintage Incense Burner Ceramic sebab perubahan ruang bukan hanya pada hiasan tetapi juga wangiannya.

DO-IT-YOURSELF!

Cerminkan keperibadian anda melalui projek DIY. Daripada perabot kitar semula, personalised artwork atau hasil kraf sendiri untuk menambah daya tarikan pada rumah anda. Boleh cuba guna 3D Wall Stickers untuk beri dimensi baru pada dinding sedia ada. Hiasan cermin juga boleh jadi hiasan yang melambangkan personality kita. Wall Mirrors dari Lazada ada untuk anda teroka.  

Kuasa Hijau

Akhir sekali, menggabungkan kehijauan di dalam rumah, sama ada tumbuhan sebenar atau bunga tiruan, ialah cara yang hebat untuk menghidupkan ruang kediaman anda dengan rona alam semula jadi. Kalau tangan sejuk boleh cuba Japanese Red Maple Tree Seeds for Planting, atau guna tumbuhan tiruan dari koleksi  Artificial Ivy Vine

Read Previous

Berak Dalam Waktu Kerja, Lelaki Malaysia Ini Bingung Terima Notis Dipecat

Read Next

Lagi power dengan Leica! Xiaomi 13T Series Kini Berada Di Pasaran!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + nine =