• 07/03/2021

Susulan Dari Kekabutan Netizen, Perkahwinan, Pertunangan & Resepsi Tidak Dibenarkan Di Kelantan

Berdasarkan apa yang terjadi baru2 ni di Pejabat Agama, Tawau, Kelantan mengambil tindakan untuk tidak membenarkan segala perkahwinan, pertunangan dan resepsi berlaku sepanjang tempoh PKP yang baru dilaksanakan pertengahan Januari 2021 ni.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:Screenshot-2021-01-14-at-10.58.27-AM.jpg
Kredit: via Free Malaysia Today

“Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, arahan itu dikeluarkan dan berkuatkuasa semalam sehingga PKPB ditamatkan. Makluman itu akan diberitahu dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa kes Covid-19.

Selain itu, semua kursus pra perkahwinan juga ditangguhkan pada masa yang sama. Perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara hanya akan dijalankan melalui atas talian.

Tambahnya lagi, majlis akad nikah pula dibenarkan tetapi hanya jika diadakan di rumah, masjid atau surau dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu hanya boleh dihadiri seramai 20 individu termasuk pengantin, saksi, wali serta juru nikah.”- Berita Harian

Manakala, akad nikah di Selangor akan dilaksanakan secara sidang video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu hingga 26 Januari depan.

“Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, proses itu hanya dilaksanakan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Masjid Pengurusan.”- Sinar Harian

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:kahwinonlinepkp.jpg
Kredit: via Free Malaysia Today

Akad nikah dibenarkan dengan mengikut SOP.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:nikahonlinepkp.jpg
Kredit: via HelloKerja

So, pandai2 korang buat keputusan, ada yang rasa senang, jimat, cepat bagai. Terpulang kepada kehendak masing2. Tapi satu je nak pesan, please follow SOP dan segala langkah elak Covid-19. Lagi bagus dan elok korang postponed je. Jangan jadi punca Kluster Kahwin 2.0 plak. Hmmm Kluster 2.0. Boleh jadi ni…

Kredit Gambar Utama: via Free Malaysia Today & HelloKerja

Read Previous

Rowan Atkinson Stress & Penat, Mungkin Lepas Ni Tak Ada Lagi Mr Bean

Read Next

Jangan Guna Dah Muka Lelaki Menangis Ni Untuk Berlawak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − two =