Jangan Guna Dah Muka Lelaki Menangis Ni Untuk Berlawak!

Kalau bab lawak-lawak yang ada babak menangis mesti korang pernah tengok kan pakcik ni?  

Dalam media sosial, banyak gambar-gambar orang yang diambil dan dijadikan meme dengan tujuan hanya nak melawak dan menghiburkan orang ramai. Termasuklah gambar pak cik yang tengah menangis ni.

Dan kalau korang pun terlibat dalam kes melawak gunakan gambar pakcik ni, sis G harap korang berhentilah weh. Nak tahu sebab apa?

Gambar pakcik ni menangis dirakam masa menceritakan peristiwa tsunami yang melanda Pantai Pasir Panjang, Pulau Pinang masa tahun 2004 ekoran daripada gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia.

Dalam sekelip mata je pakcik ni hilang lima daripada tujuh orang anaknya. Malah media The Star sendiri melaporkan lepas 10 tahun daripada peristiwa tu, pak cik tu masih lagi tak kuat untuk buka almari yang berisi barang-barang anak dia.

Sebab kehilangan tu terlampau tiba-tiba!

Kredit: The Star

Jadi macam mana korang sanggup gunakan gambar ni semata-mata nak berlawak? Sampai betul hati korang kan?

Mungkin sebelum ni korang tak tahu. Dan sis G pun tak tahu. Tapi lepas dah tahu ni kita ambil pengajaran. Nak berlawak pun biar beradab. Contohnya tak gunakan gambar orang lain dan sebarkan sesuka hati di internet.

Okey? Sama-sama kita berubah. 😉

Read Previous

Susulan Dari Kekabutan Netizen, Perkahwinan, Pertunangan & Resepsi Tidak Dibenarkan Di Kelantan

Read Next

Seri Paduka Baginda Bersama Keluarga Turut Turun Padang Memberi Pertolongan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − 8 =