• 07/03/2021

Rowan Atkinson Stress & Penat, Mungkin Lepas Ni Tak Ada Lagi Mr Bean

Sebut je Mr Bean, memang rasanya satu dunia akan kenal. Dengan mimik muka lucu, bukan takat budak-budak, orang dewasa pun terhibur tengok gelagat dia walaupun Mr Bean tu tak keluarkan suara.

Walaupun dah berusia 66 tahun, official fansite FB Mr Bean tetap berjaya kumpul 100 juta followers, memang kalah kalau nak dibandingkan dengan artis jauh lebih muda daripada dia contohnya macam Justin Bieber yang baru ada dalam 86 juta followers.

Tapi korang tahu tak sebenarnya kita je yang enjoy dengan watak Mr Bean tu sedangkan Rowan Atkinson kata dia tak happy ‘hidup’ sebagai Mr Bean?

Media Daily Mail mendedahkan Atkinson dah tak lagi gembira dengan watak Mr. Bean sebab dah penat. Malah dia sendiri bagitahu dah tak sanggup lagi nak mainkan watak Mr Bean walaupun watak tulah yang angkat nama dia sampai dikenali di seluruh dunia.

“Saya tak seronok bawa watak Mr bean sebab tanggungjawab yang berat dan ia sesuatu yang tak menyenangkan. Saya rasa stress, letih dan sentiasa tertunggu untuk ini berakhir.” 

Tidak menyangka watak Mr Bean akan terkenal sampai macam ni, Atkinson juga terima darjah kebesaran Most Excellent Order of the British Empire (CBE) dengan watak Mr Bean. 

Mungkin dalam filem korang akan nampak Mr Bean ni macam orang dewasa yang tak berapa bijak, tapi kalau nak tahu di dunia sebenar Atkinson ni ada Master dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Dan watak Mr Bean yang diciptakan masa beliau di kolej menjadi popular dan bayaran yang diterima pada ketika itu mampu bayar yuran pengajian dia tanpa perlu meminta dari keluarga.

30 tahun kita layan Mr Bean baru sekarang kan kita tahu. Bila tahu je yang Atkinson sebenarnya tak enjoy bawa watak Mr Bean, tiba-tiba rasa macam pentingkan diri bila minta lagi siri baru Mr Bean. T-T

Read Previous

Rusuhan AS Sekali Lagi Buktikan Ramalan The Simpsons Selalu Jadi Kenyataan

Read Next

Susulan Dari Kekabutan Netizen, Perkahwinan, Pertunangan & Resepsi Tidak Dibenarkan Di Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + six =