Scammer di mana-mana. Itulah yang boleh dikatakan tentang sindiket penipuan ini.
Jika dulu mereka ini menjalankan kerja-kerja menipu dengan menggunakan cara voice-phishing, kini pelbagai cara digunakan seiring dengan teknologi semasa. Ada yang menyamar sebagai rakan di media sosial, malah sehingga membawa kepada penipuan terlibat dalam jenayah.
Ramai yang cepat gelabah apabila didatangi sindiket ini akhirnya terjerumus dalam lembah penipuan mereka. Akhirnya diri sendiri rugi, dan nilai kerugian ada yang boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit.
Ada beberapa cara untuk anda elak daripada menjadi mangsa, Salah satunya dengan menyemak dahulu nombor telefon atau nombor bank mereka di laman PDRM ini sama ada wujudnya laporan terhadap mereka.
Caranya:
1. Layari laman web https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
2. Masukkan maklumat seperti nombor telefon atau nombor akaun penjual.
3. Sekiranya ada laporan pernah dibuat kepada akaun berkenaan, maklumat yang terpapar adalah seperti gambar di bawah.
Dengan adanya website ini, mungkin rasa risau ditipu itu kurang sedikit. Jika ditipu pun, korang boleh bantu dengan buat laporan di website ini supaya tiada lagi orang lain yang turut menjadi mangsa penipuan.
Website ini merupakan website rasmi daripada PDRM untuk membantu orang awam supaya tidak terjerat dalam penipuan siber.