• November 27, 2020

Nak Terkencing Tapi Tengah Interview, Respon Gadis Tahan Kencing Bikin Dekah

Korang pernah tengok tak gelagat orang  yang  kena interview? Macam-macam gelagat kan? 

Ada yang terlampau teruja muka masuk TV, ada yang nervous sebab satu negara tengah tengok dan ada juga yang terkedu sampai tak mampu nak berkata-kata. Sampaikan tanpa sedar gelagat mereka boleh sebabkan orang yang tengok rasa geli hati. 

Yang baru ni viral dekat twitter seorang gadis yang tengah di interview wartawan sebagai saksi 1 kejadian jenayah. Bila wartawan bertanya, apa yang dia dengar lagi dari mangsa, gadis tu hanya jawab mangsa menjerit meminta tolong.

Soalan wartawan seterusnya menyebabkan penonton yang tengok babak tu ketawa walaupun interview tu sepatutnya ditonton dalam keadaan serius.  Wartawan kemudiannya bertanya sama ada mangsa ada berkata yang lain, gadis tersebut memberi respon “alamak, saya nak terkencing.”

Siap kepit-kepit kaki tu tak menahan sambil tangan tekan bahagian peha. Korang tengok sendirilah babak tu.

Yang tambah lagi kelakar, bila dia bagitahu wartawan yang dia dah terkencing dalam seluar, wartawan tu selamba je cakap, “tak apa jangan risau” sebelum teruskan lagi interview! Sampailah gadis tu macam redo. Sedar-sedar basah dah weh seluar dia.

Bila dah nampak seluar budak tu basah, barulah wartawan tu hentikan interview dan mintak masa rehat. 

Aduhai, kesian member tu. Wartawan ni pun satu. Habis satu dunia tahu yang dia dah terkencing dalam seluar. Masalah betullah. Siap ada klip video tau. Lagi satu kalau tahan kencing tak ke nanti ada risiko masalah kesihatan nanti gadis tu.

Sis G harap korang yang nak interview orang tu adalah etika sikit. Tak pasal betullah. Walaupun gelagat dia kelakar, sis G tetap rasa kesian dengan dia. Macam-macam betullah.

Read Previous

Powerlah Acik! Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Masa Goreng Pisang

Read Next

Biar Betik! Hampir Separuh Pilot Pakistan Tak Ada Lesen Sah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + six =