Biar Betik! Hampir Separuh Pilot Pakistan Tak Ada Lesen Sah

Sumpah, lepas baca je kes ni terus sis G rasa macam tak nak pergi Pakistan dah.

Cuba korang bayangkan, kalau korang tahu pilot flight korang tak ada lesen, korang nak terus naik & bertawakal atau korang sanggup tunggu flight lain sebab tak nak ambil risiko? Itulah yang jadi dekat Pakistan.

Jun lepas, satu laporan nahas pesawat dedahkan hampir separuh daripada pilot dekat Pakistan tak ada lesen penerbangan yang sah! Ya, hampir separuh. Bukan sorang dua tau.

Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sanwar melaporkan data laporan nahas pesawat Pakisan International Airlines (PIA) PK8303 mendedahkan daripada  860 juruterbang yang aktif termasuklah di PIA, Serene Air dan Air Blue, seramai 262 juruterbang tidak menghadiri ujian atau meminta individu lain menggantikan mereka membawa kepada peratusan sebanyak 40%.

Boleh pulak dorang minta orang ganti gitu je dengan orang yang tak ada pengalaman. Jenis nak senang inilah dia. Dia ingat bawak basikal je kot. Benda bawa atas udara, bukannya dekat jalan kampung. Sis tak boleh tau. Belum lagi habis takat tu.

Siasatan lanjut dapati, ada antara pilot-pilot tu langsung tak ada pengalaman kendalikan flight! Dorang cuba berlatih gitu-gitu je dengan gunakan alat simulasi penerbangan. Bukannya masuk kelas berdaftar.

Laporan tu turut jelaskan kemalangan pesawat PIA yang terhempas pada Mei 2020 adalah disebabkan kegagalan kedua enjin pesawat berfungsi lepas menghampiri lapangan terbang Karachi dan ianya kemalangan paling banyak mangsa korban dalam tempoh 8 tahun di Pakistan selepas penerbangan komersial dibenarkan beroperasi menjelang cuti Aidilfitri dan pelaksanaan perintah berkurung selama dua bulan akibat pandemik COVID-19.

Nahas pesawat Pakistan Airlines.

Walaupun pihak kementerian dah hantar notis tunjuk sebab dekat 54 pilot yang terlibat, ada antara dorang yang masih berani cabar notis tu dekat mahkamah sebab yakin yang sijil palsu dorang tu tak dapat dibuktikan palsu.

Kenapa dorang ni sibuk sangat nak jadi pilot walaupun tak ada sijil?

Sebabnya dekat Pakistan ni gaji pilot memang antara yang tertinggi, tapi kadar kemiskinan rakyat Pakistan agak tinggi.

Jadi nak bayar yuran masuk kelas memang tak semua yang mampu sebab yuran nak jadi pilot bukannya murah, boleh cecah sampai 3.45 juta duit Pakistan, kalau convert duit kita lebih kurang RM90k jugalah. Tambah pula mata wang dorang kecik, lagilah susah.

Rasanya lepas ni kalau sis nak ke Pakistan, sis nak naik cruise la. Sebab naik flight, takut jadi apa-apa bila baca kes ni. Haihlah, orang makin terdesak nak duit sanggup je buat apa pun.

Ni sis nak roger. Kalau tak mampu tu, carilah kerja lain. Kumpul duit haaa lepas tu buatlah apa yang korang nak. Jangan menipu macam ni. Tak baik tau.

Read Previous

Nak Terkencing Tapi Tengah Interview, Respon Gadis Tahan Kencing Bikin Dekah

Read Next

Dah Tak Ada Jodoh, Pasangan Viral Beza 61 Tahun Bercerai Lepas 22 Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 13 =