Penyelidik Jumpa Fosil Tapak Kaki Bukti Dinosaur Pun Dah Sampai Kelantan

Negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Mekah pun dinosaur dah sampai. Macam tak percaya tapi ini real beb.

Satu eksplorasi geosains yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UMK sejak Mei 2017 lalu membawa kepada penemuan kesan tapak kaki dan laluan trek dinosaur spesis subgrup Sauropod yang dah berusia antara 145 – 66 juta tahun di Bukit Panau, Kelantan.

Dinosaur jenis Sauropod.

Eksplorasi lebih 10,000 jam yang diketuai Pensyarah Fakulti Sains Bumi, Arham Muchtar Achmad Bahar dan Profesor Surono Martosuwito bersama Profesor Udi Hartono dan Mohd Syakir Sulaiman membuktikan bahawa dinosaur memang pernah hidup dekat Tanah Merah, Kelantan.

Setakat ini, 7 tapak kaki fosil ditemui tercetak atas Batu Pasir Kuarsa dari Formasi Panau dengan ukuran purata 72cm panjang dan purata 66cm lebar. Mereka ni kenal pasti ianya adalah dari reptilia berkaki 4 dengan tulang setinggi 9m, 22m panjang dan berat antara 30-40 tan.

Kata penyelidik, hasil dari kajian dapati dinosaur jenis tu kebanyakannya hidup dalam persekitaran darat terutamanya sungai berliku kalau lihat pada keadaan struktur muka bumi dan geologi dekat Bukit Panau.

Sebenarnya, ahli geologi banyak je buat jangkaan yang dinosaur tu memang hidup dekat Bukit Panau sebab beberapa kawasan yang hampir sama geologinya dengan Bukit Panau di Thailand Selatan memang sudah dibuktikan adanya spesis tu.

Kalau korang nak tahu, Bukit Panau ni juga salah satu spot hiking yang best sebab alam masih terpelihara. Sambil-sambil korang hiking dekat bukit berketinggian 255m tu boleh lah usha-usha tapak kaki dinosaur tu.

Kalau korang nak tahu jugak, Bukit Panau ni sebenarnya termasuk dalam khazanah negara tau. Sebabnya ada sejarah mengatakan ianya adalah lokasi Hang Tuah bertapa dalam menuntut ilmu batin, rohani dan silat bagi perjuangkan kedaulatan Tanah Melayu.

Read Previous

Pelik Pelik, Impian Remaja Nak Dating Dengan Godzilla Tercapai – Siap Ajak Kawin!

Read Next

Gais, Ini 5 Kerja Yang Masih Laris Masa COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 10 =