3 Wireless Earbuds Terbaik Bawah RM100

Zaman earphones berwayar rasanya sudah berlalu. Nak tampil lebih trendy, kenalah guna wireless earbuds.

Tapi ada bajet ada dalam RM100 je, boleh ke dapat? Siapa kata tak boleh? Ini kami senaraikan 3 jenis wireless airbuds yang boleh korang dapat dengan bajet bawah RM100.

Redmi Airdots (RM65-RM87)

Kredit: Tech Advisor

Dengan bateri sebesar 40mAh (tahan hingga 4 jam), Redmi Airdots boleh dikatakan sebagai wireless airbuds yang paling power dengan bajet RM100. Boleh digunakan untuk aktiviti sukan, saiznya yang kecil buatkan pemakai selesa menggunakannya. Kualiti audio tidaklah terlalu buruk namun sesuai dengan harganya yang mampu milik.

Wiresto True Wireless Earbuds (RM40)

Kredit: Ali Express

Dengan harga RM40, ramai sangat dah orang beri positif review tentang gajet ni. Fungsi yang biasanya ada pada earbuds harga RM300 ke atas boleh dapat pada earbuds ni. Yang menariknya, Wiresto True Wireless Earbuds ni ada disediakan sekali dengan charger sebesar 2,000mAh  yang boleh caj earbuds korang bila habis bateri.

 Jadi tak ada masalah kalau tak bawa power bank pun.

Xiaomi Haylou GT1 (RM60)

Kredit: Xiaomi Today

Kalau korang tak berkenan design dua fon telinga kat atas tu, korang boleh try Xiaomi Haylou GT1 ni. Untuk gamer atau kaki movie, fon telinga ni paling sesuai untuk korang. Dahlah ringan teramat, bateri dia pula mampu bertahan hingga 12 jam. Jangan risau dengan teknologi DPS, fungsi noise cancellation dia memang efektif habis. 

Kredit gambar utama: Buzz Feed

Read Previous

Rimas Dengan Iklan Di YouTube? Ini Cara Mudah Buang Ads Tanpa Perlu Keluar Satu Sen Pun

Read Next

Realme C11 Kembali Dengan RAM Lebih Besar Dengan Perbezaan Harga Hanya RM50

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 4 =