Rimas Dengan Iklan Di YouTube? Ini Cara Mudah Buang Ads Tanpa Perlu Keluar Satu Sen Pun

Baru je play video dekat YouTube, tiba-tiba dah keluar iklan. Sepanjang 3 minit tu boleh kata paling kurang mesti ada dua iklan yang akan dimainkan. Hilang terus mood nak dengar lagu kalau asyik-asyik iklan.

Nak buang iklan kena bayar lebih contoh macam langgan YouTube Premium. Sayang pula nak guna duit semata untuk itu.

Macam mana kalau nak yang tak berbayar? Senang je. Meh kami bagi dua cara:

1. Gunakan AdBlock

Search je dekat Google nak AdBlock, nanti dia akan tunjuk cara-cara nak block iklan. Tapi ni hanya jadi dekat desktop atau laptop je. Kalau dekat telefon kena guna acara satu lagi.

2. Tambah tanda ‘.’

Cara ni tak jadi kalau guna app YouTube. Korang kena guna Google. Masa search YouTube tu korang kena tambah tanda titik (.). Contoh dia:

URL biasa:  https://www.youtube.com/SitiNurhaliza

URL tanpa ads: https://www.youtube.com./SitiNurhaliza

Lepas dah tambah tanda titik tu, dah tak adalah lagi iklan-iklan yang boleh sampai 30 saat tu dekat video korang. 

Tapi kalau korang ada duit lebih langganlah YouTube Premium. Kalau untuk student pakej harga dia lebih murah dalam RM12.90 untuk app YouTube dan YouTube Music.

Selamat mencuba!

Read Previous

Dengan Bajet RM500 Boleh Dapat Telefon Apa?

Read Next

3 Wireless Earbuds Terbaik Bawah RM100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + nineteen =