Realme C11 Kembali Dengan RAM Lebih Besar Dengan Perbezaan Harga Hanya RM50

Sudah dilancarkan pada Jun lalu, semalam Realme mengumumkan akan adanya variasi baharu untuk Realme C11 yang mana dilengkapkan dengan storage dan RAM yang lebih besar pada harga bermula RM479.

Kredit: Realme

Untuk versi Jun, RAM yang disediakan cuma 2GB + 32GB untuk storage dalaman dengan harga RM429. Tapi untuk versi Ogos ini, Realme beri 3GB RAM dengan storage dalaman yang sama.

Dengan penambahan 1GB RAM ni, pastilah tak akan ada lagi masalah lagging yang pastinya dihadapi pada telefon RAM rendah.

Dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G35, skrin HD+ 6.5 inci, bateri sebesar 5,000 mAh, kamera utama 13MP dan 5MP, memang berbaloi untuk pengguna bayar RM50 sebagai tambahan.

Warna yang disediakan untuk versi ini masih sama dengan versi Jun iaitu hijau mint dan hitam.

Jadi kalau korang masih tercari-cari telefon bajet dengan spec yang berbaloi, bolehlah tunggu 15 Ogos nanti tau.

Tapi kalau korang nak spec yang lagi tinggi, bolehlah ‘angkat’ Realme C3 yang ditawarkan dengan cipset lebih power iaitu Mediatek Helio G70. Tambah sikit dalam RM20 je dari Realme C11 ni. Kamera utama pun ada 3.

Kredit Gambar Utama: Mobile Geek

Read Previous

3 Wireless Earbuds Terbaik Bawah RM100

Read Next

Mug Warmer Pad, Gajet Wajib Milik Buat Penggemar Minuman Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 5 =