Buah kelapa bukan jer sedap diminum airnya, tapi nutrisi yang terdapat dalam buah kelapa juga dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan! Manfaat yang dimiliki air kelapa juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Air kelapa merupakan sumber mineral semula jadi yang memiliki khasiat yang baik untuk rawatan tubuh badan.

Nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti vitamin dan elektrolit atau elektrik dalam badan seperti natrium dan kalium dapat merawat kulit wajah. Selain dari air kelapa, minyak kelapa dan ampas kelapa iaitu isi kelapa yang diparut dan telah diperah santannya) juga memiliki nutrisi yang tidak ramai tahu kebaikannya pada wajah tau.
Kat sini, Abang Jim nak kongsikan tiga bahagian penting kelapa yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam merawat kulit wajah!
1. Air Kelapa

Air kelapa bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi ia juga mempunyai banyak nutrisi untuk kecantikan kulit wajah seperti mineral dan vitamin C, B kompleks. Protein, karbohidrat dan rendah lemak. Antara manfaat lain air kelapa ialah:
Merawat Jerawat

Sapukan air kelapa pada wajah pada waktu malam. Selitkan langkah ini dalam rutin penjagaan malam anda. Air kelapa merupakan salah satu cara untuk merawat jerawat dengan cepat. Caranya, sediakan satu gelas air kelapa kemudian campurkan dengan tiga sudu serbuk kunyit. Simpan dan biarkan selama semalaman dalam peti sejuk. Tapis air campuran dan sapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan 20 minit kemudian bilas dengan air.
Anti Penuaan

Kandungan asid lemak, sitokin atau asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu antithrombotic dan anticarciogenic dapat menjaga dan menyeimbangkan kadar PH pada kulit.
Membersihkan Pori-Pori Kulit

Air kelapa mempunyai pelembap semula jadi dan zat untuk memutihkan kulit. Selain itu air kelapa juga dapat membersihkan pori-pori kulit akibat terkena debu udara yang kotor. Caranya, celupkan atau basahkan kapas wajah ke dalam air kelapa, kemudian sapukan pada wajah. Gunakannya untuk membersih wajah setiap hari.
2. Ampas Kelapa

Selalunya bahagian kelapa yang paling banyak digunakan adalah air dan isinya. Selepas isinya diperah sehingga mengeluarkan santan, ia akan dibuang kerana dianggap tidak mempunyai manfaat. Ramai yang tidak tahu bahawa ampas kelapa sebenarnya mempunyai khasiat yang berguna dalam merawat kulit wajah.
Baca artikel ini: Khasiat Tomato Yang Korang Tak Tahu
Skrub Wajah

Skrub wajah yang mengandungi ampas kelapa terbukti sangat efektif untuk menangggalkan kotoran yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan kulit mati. Kulit akan terasa lembut dan kelihatan segar. Caranya, lumur ampas kelapa pada keseluruhan kulit. Kemudian gosok dengan pelahan dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilas dengan air bersih.
Pupur wajah

Ampas kelapa boleh dibuat pupur wajah. Ia dapat melembapkan wajah dan menghaluskan kulit. Caranya, tampalkan ampas kelapa di keseluruhan wajah. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan rutin ini setiap hari jika inginkan hasil yang memuaskan.
3. Minyak Kelapa

Mencerahkan Kulit

Minyak kelapa juga dapat mencerahkan kulit wajah. Penggunaannya senang sahaja, oleskan sedikit minyak kelapa pada wajah lakukan rutin pada waktu malam. Biarkan ia kering seketika kemudian baru boleh tidur seperti biasa. Lihat perubahan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya. Cukup dengan lakukan dua kali seminggu, kulit akan kelihatan lebih cerah dari biasa. Awas! Hindari menggunakan minyak kelapa pada waktu pagi atau petang kerana bila terkena kotoran ia akan mengakibatkan pori-pori tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.
Melembapkan Kulit

Minyak kelapa boleh dijadikan sebagai pengganti kepada krim pelembap malam. Ini kerana tekstur dan nutrisi yang sangat pekat dan banyak ia dapat merawat kulit wajah setelah seharian berjemur di bawah pancaran matahari. Penggunaannya sangat mudah. Tuangkan minyak kelapa keatas telapak tangan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sehingga kering. Lakukan rawatan ini dua atau tiga kali seminggu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
Mengurangkan alergi, keradangan & jangkitan pada kulit

Jika korang memiliki penyakit kulit seperti ekzema, dengan menggunakan minyak kelapa ia dapat merawat kulit yang terkena ekzema dengan cepat. Sapukan minyak kelapa pada bahagian yang gatal atau luka dan biarkan selama beberapa minit. Lakukan setiap hari sehingga ekzema atau luka tersebut sembuh.
Baca artikel ini: Ini 5 Hadiah Yang Akan Buat Buah Hati Korang Gembira