Ayuh Mulakan! Jana Duit Dengan Hobi

Memasak, menjahit, merakam foto, melukis, mengumpul koleksi dan pelbagai lagi. Semuanya hobi yang diminati ramai untuk mengisi waktu senggang. Tetapi korang sedar tak bahawa hobi sebenarnya boleh mendatangkan keuntungan lumayan? Kalau korang pandai ambil kesempatan, aktiviti yang korang anggap sekadar hobi untuk mengisi waktu lapang itu sebenarnya adalah peluang untuk korang menjana pendapatan. Kat sini Abang Jim nak kongsikan sikit macam mana korang boleh memanfaatkan hobi korang tu supaya ada pulangan.

1.   Jualan secara online

Jika korang mempunyai hobi menarik juga bakat yang boleh menghasilkan sesuatu barangan, perkhidmatan mahupun karya, korang sebenarnya bertuah! Ini kerana hobi yang diminati boleh menembusi pasaran online. Contohnya, bagi korang yang sukakan hobi membuat aksesori, korang turut mampu menghasilkan rangkaian koleksi sendiri dengan melancarkan blogshop! Selain pantas dan efisyen, blogshop membantu menjimatkan kos pengeluaran. Apa yang penting, korang perlu bijak membahagikan masa selain tahu mencari pelanggan menerusi teknik networking yang berkesan.

2.   Blog

Blog kini menjadi medium terulung untuk dijadikan sebagai tempat berkongsi maklumat mahupun minat. Bagi korang yang sukakan blogging, mengaut keuntungan adalah perkara yang mudah! Jika korang mempunyai hobi yang mahu dikongsikan bersama pengikut blog, lakukan secara berturutan dan isikan dengan maklumat dan paparan visual yang menarik selain mudah difahami.

Pastinya semakin ramai berminat untuk menggunakan blog korang sebagai platform pengiklanan disebabkan jumlah followers korang yang mencecah angka tinggi! Korang hanya perlu mengenakan caj pengiklanan dalam kadar yang berpatutan dan nah, tidakkah ia menguntungkan?

Baca artikel ini: 4 Sebab Kenapa Muzik Penting Di Pejabat

3.   Mengadakan kelas atau bengkel

Hobi yang mendalam boleh membawa kepada kepakaran yang hebat. Antaranya kemahiran menghasilkan barangan fesyen, memasak, mencipta karya seni mahupun bermain alat muzik. Contoh-contoh kemahiran ini boleh korang gunakan dengan menganjurkan kelas ataupun bengkel untuk disertai sesiapa sahaja yang berminat. Korang hanya perlu mengiklankannya melalui laman web sosial, blog mahupun forum, tentunya ramai yang berminat untuk mengikutinya.

Tetapi, pastikan yuran yang dikenakan tidak terlalu mahal dan pilih lokasi yang bersesuaian. Selain itu, cara berkomunikasi juga perlu disampaikan dengan jelas agar peserta memahami dengan mudah dan lebih selesa.

4.   Fokus

Bak peribahasa hangat-hangat tahi ayam, ramai di kalangan kita suka melakukan sesuatu perkara ‘separuh jalan’. Ingat, setiap apa jua yang dilakukan perlu diberi tumpuan yang penuh, konsisten selain bijak membahagikan masa. Jika korang mahu melakukan salah satu tip-tip di atas, pastikan tumpuan yang diberikan lebih konsisten. Selain itu, jangan mudah berputus asa jika langkah yang diambil anda tidak menghasilkan apa-apa keuntungan.

Nothing is easy. Kesabaran adalah aspek penting untuk mencapai kejayaan. Pastikan korang fokus dan tidak cepat mengalah. Good luck!

Baca artikel ini: Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres

Read Previous

5 Putera Kerabat Diraja Kacak Di Dunia

Read Next

Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − nine =