Ini 5 Hadiah Yang Akan Buat Buah Hati Korang Gembira

Apabila tiba hari jadi pastinya korang ingin memberikan sesuatu yang istimewa buat cinta hati korang. Hadiah seperti bunga dan coklat sudah terlalu biasa. Jadi, apa kata korang cuba berikan sesuatu yang lain. Abang Jim ni tak adalah pakar sangat. Tapi kalau korang tak ada idea, korang boleh cuba bagi hadiah menarik yang Abang Jim kongsikan ini sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

1.   Pakaian

Bila korang tiada idea untuk mencari hadiah yang sesuai, pakaian pasti tidak akan menghampakan. Ia adalah antara hadiah universal untuk diberikan dalam apa jua acara. Pilih pakaian yang bergaya dan selesa untuk mengingatkan korang kepada si dia. Lebih romantik jika korang hadiahkan pakaian sepadan untuk pasangan. Pilih daripada warna kesukaan korang berdua, corak yang romantik mahupun baju yang tertulis abjad nama pasangan dan sebagainya.

2.   Wangian

Wangian juga adalah antara hadiah yang sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Tetapi pastikan korang memilih wangian mengikut kemampuan. Mungkin korang boleh memilih wangian yang terdiri daripada pelbagai produk seperti mandian, pelembap dan juga semburan badan.

Baca artikel ini: Impikan Janji Temu Sempurna? Ikut 5 Cara Ini

3.   Tali Leher

Untuk suami atau teman lelaki, korang boleh hadiahkan sehelai tali leher. Mereka boleh menggunakannya di pejabat mahupun ketika menghadiri mesyuarat penting. Pastinya mereka akan kelihatan sangat segak. Jangan lupa untuk padankan dengan klip tali leher.

4.   Beg Tangan

Bagi isteri dan teman wanita pula, beg tangan adalah keperluan yang mesti dimiliki setiap wanita. Pilih beg tangan yang boleh menepati citarasa dan pastikan ia menepati keperluan teman wanita atau isteri korang.

5.   Percutian

Bagi korang yang inginkan momen romantik bersama pasangan, boleh juga hadiahkan percutian ke destinasi yang menarik dan romantik di sekitar bandar atau di ibu kota? Kalau ada bajet lebih, korang boleh rancang percutian yang lebih jauh seperti pulau atau lokasi pelancongan terkemuka yang lain. Tapi kena ada perancangan rapi kalau tidak, semuanya akan jadi sia-sia.

So dah ada idea dah sekarang? Sebenarnya tak kisah pun nilai hadiah yang korang nak bagi tu. Semuanya berdasarkan kemampuan dan keikhlasan.

Baca artikel ini: 5 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Paling Mahal

Read Previous

Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 1)

Read Next

Fesyen Hari Raya Yang Pernah Trending Suatu Ketika Dahulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 5 =