Khasiat Tomato Yang Korang Tak Tahu

Korang sering disarankan untuk makan tomato bagi mendapatkan kulit yang cantik. Betul tak? Tapi tahukah korang bahawa tomato secara umumnya mempunyai lebih banyak khasiat yang bagus? Ramai yang tak tahu bahawa tomato bukan semata-mata untuk kecantikan kulit. Selama ni pun Abang Jim makan tomato banyak-banyak pun sebab nak jaga kulit jer. Tak sangka pula ada banyak khasiat lain. Jom kita tengok apakah kebaikan lain bagi tomato.

1.   Pengawalan Berat Badan

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika korang sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.

2.   Membantu Masalah Susah Tidur

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaannya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika korang menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

3.   Mengurang Kerosakan Kulit

Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

Baca artikel ini: Antara Punca Korang Susah Nak Lekat Kerja

 4.   Membantu Penglihatan Mata

Kebiasaannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

 5.   Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

Banyak rupanya khasiat lain bagi tomato. Ingatkan untuk kecantikan kulit jer. So lepas ni korang dah tahu khasiat lain tomato, jangan lupa nak masukkan tomato kat dalam setiap hidangan korang itu ok.

Baca artikel ini: Definisi Maskulin Pada Pandangan Mata Wanita

Read Previous

Antara Punca Korang Susah Nak Lekat Kerja

Read Next

Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 7 =