Abang Jim malu nak cakap pasal benda nie. Yerlah, Abang Jim lelaki, mana laa pernah ada pengalaman pakai bra. Pegang bra pun Abang Jim tak pernah! Abang Jim pernah laa juga tanya kawan-kawan perempuan, apa rasa pakai bra ek? Nasib baiklah mostly kawan-kawan perempuan Abang Jim semuanya jenis open minded. Kalau tak nak makan penampar Jepun dah Abang Jim.

Rata-rata diaorang cakap pakai bra nie rasa tak selesa, rimas. Nak-nak kalau tengah berpeluh. Fuhh! Abang Jim yang dengar pun naik berpeluh dah. Ada pula tu yang berpendapat memakai bra dapat bantu mengekalkan keanjalan dan kesihatan payudara masing-masing.
Tapi, untuk pengetahuan korang, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh seorang profesor di Centre Hospitalier Universitaire de Besancon, Perancis mendapati wanita yang tidak memakai coli memiliki payudara yang lebih anjal berbanding mereka yang kerap memakainya tau. Kalau korang tak percaya, kat sini Abang Jim nak senaraikan 5 manfaat tak pakai bra daripada segi kesihatan.
1. Kesihatan kulit payudara

Pemakaian bra secara berkala dan kerap akan cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara. Situasi seperti itu boleh mengakibatkan pori-pori pada sekitar payudara tersumbat dan menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Ia lebih kerap dialami oleh wanita dengan buah dada yang besar. Masalah kerengsaan kulit yang berlaku boleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik (acne mechanica) yang muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit. Biasanya jerawat ini dialami kesan pemakaian bra ketika bersenam dan memakai pakaian yang basah akibat berpeluh.
2. Peredaran darah

Perasan tak apabila korang memakai bra, adakalanya terasa seperti menyesakkan bahagian dada dan fungsi pernafasan korang? Itu antara kesan apabila memakai bra selama berjam-jam. Lebih-lebih lagi jika saiz bra itu agak kecil untuk payudara korang. Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dan dinding dada, sekali gus akan menyebabkan kesakitan otot belakang badan. Jadi apabila korang tidak memakai bra, terutamanya bagi wanita dengan buah dada yang besar, tindakan korang itu akan dapat meningkatkan fungsi peredaran darah menjadi lebih baik.
3. Saluran limfa

Kelebihan lain apabila korang memutuskan untuk tidak memakai coli adalah ia dapat meningkatkan fungsi saluran limfa. Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara. Sudah tentu, ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada.
Baca artikel ini: Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit
4. Otot dan bentuk payudara

Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi ‘malas’ dan kesannya buah dada kelihatan kendur dan tidak anjal. Terdapat wanita yang tidak memakai coli untuk 1 tempoh panjang mengakui bahawa payudara mereka tampak tegang, anjal dan lebih menarik dari masa ke masa. Bagi wanita dengan buah dada yang penuh atau besar, mungkin akan berasa lebih tegang pada permulaan tidak memakai coli. Namun, lama-kelamaan, tindakan tersebut dipercayai dapat meningkatkan kekuatan otot dada dan bahagian belakang serta memberikan sokongan yang baik walaupun tanpa bra.
5. Kualiti tidur

Korang mungkin tidak menyedarinya, tetapi pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak. Malahan menanggalkan coli pada waktu malam dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur korang. Tidak mendapat tidur yang baik dan berkualiti berisiko mengakibatkan keletihan, masalah berkaitan memori serta mengurangkan kewaspadaan pada keesokan harinya.
Baca artikel ini: Ayuh Mulakan! Jana Duit Dengan Hobi