Ada sesetengah wanita akan kelihatan lebih berusia daripada umur sebenar. Mungkin disebabkan faktor penjagaan kulit yang tidak sempurna, pemilihan fesyen pakaian dan juga solekan. Tidak dilupakan gaya rambut. Adakah korang pernah tertanya-tanya bagaimana gaya rambut atau warna yang salah boleh menjadikan korang kelihatan lebih tua?
Apa yang korang perlu lakukan adalah hanya menukar gaya rambut korang dan korang akan lihat perubahan besar di cermin tidak lebih daripada setengah jam. Kat sini Abang Jim nak bagitahu apa yang korang kena buat pada rambut untuk nampak lebih muda.
1. Pilih warna sesuai untuk anda
Jangan sesekali warnakan rambut dengan warna perang untuk menutup uban. Sebabnya warna perang akan buatkan muka korang lagi pucat. Bukan itu saja, warna kulit korang berubah. Korang masih muda dan jangan nampak tua disebabkan kesalahan warna rambut. Mana-mana warna rambut yang terlalu gelap atau terlalu cerah akan membuatkan anda kelihatan tua, jadi ia dinasihatkan untuk korang memilih warna yang lebih gelap yang akan membuatkan anda kelihatan lebih muda. Tona yang lebih suam dan lebih gelap akan menjadikan anda kelihatan lebih cantik.
2. Rambut berombak
Rambut kerinting menyebabkan korang kelihatan lebih tua. Oleh itu, Abang Jim lebih mengesyorkan rambut dengan gerakan, tidak lurus, tidak kerinting. Tetapi ikal, panjang, rambut yang sihat, dengan sedikit berombak, seolah-olah korang hanya melangkah keluar dari laut dan biarkan rambut korang kering secara semulajadi.
3. Ikat sehingga paras bahu
Rambut panjang adalah lebih berat dan akan menarik kulit muka korang ke bawah. Kesannya, kulit korang akan lebih cepat menjadi ‘tua’. Pilih potongan rambut berombak. Minta pendandan rambut memotong rambut korang sehingga bahu (ia masih satu trend).
Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang
4. Belah rambut
Mengubah cara korang membelah rambut boleh membawa perubahan besar kepada wajah. Membelah rambut korang di tengah-tengah akan menjadikan wajah kelihatan garang. Dan jika korang lakukannya di sebelah kanan atau kiri, ia menjadikan wajah korang kelihatan pelik. Sebaliknya, buat belahan rambut yang tidak begitu ketara untuk memberi keseimbangan pada kepala.
5. Rambut Pendek
Apabila korang melakukan gaya rambut pendek, beritahu penggaya rambut yang korang tidak mahu potongan tebal pada hujung. Ia adalah pilihan klasik untuk wanita yang ingin membuat perubahan besar dalam penampilan mereka dan meningkatkan keyakinan. Rambut pendek separas bahu atau potongan ‘bob cut’ sudah cukup membuatkan wajah korang sentiasa comel dan muda.
Baca artikel ini: Tip Berjambang Untuk Tampil Lebih Kacak