Masa zaman persekolahan, yang lelaki memang tak ada peluang laa nak simpan rambut panjang. Asal bahagian sideburn cecah jer cuping telinga, habis kena gondol dengan cikgu disiplin.
Rambut bahagian depan pula, asal cecah jer kening, zas! Kena gunting lepas perhimpunan pagi. Dah habis sekolah, baru laa masing-masing boleh bergaya dengan fesyen rambut yang diinginkan termasuk laa Abang Jim.
Cakap jer fesyen rambut apa yang Abang Jim tak pernah buat waktu kat universiti dulu. Mohawk, fringe, layer cut, botak, semua dah pernah rasa.

Lelaki juga tak terlepas untuk memiliki imej rambut panjang yer. Malah ramai lelaki yang menceburi bidang profesional bergaya dengan rambut panjang.
Cakap pasal rambut, bukan perempuan jer yang perlu menitikberatkan soal kecantikan rambut, malah lelaki juga perlu teliti untuk menjaga rambut mereka.
Penjagaaan rambut untuk lelaki sebenarnya tak jauh beza dengan wanita, tapi disebabkan lelaki lebih mudah berpeluh, so penjagaan rambut lelaki sedikit berbeza.

Perkara pertama yang korang kena pastikan ialah dengan memilih produk rambut yang sesuai. Korang kena bijak memilih produk rambut dan sebaiknya elak daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia.
Produk yang berasaskan sumber semula jadi adalah yang terbaik untuk memelihara rambut korang daripada cepat rosak.
Baca artikel ini: Cinta punya pasal, Corona pun Coronalah, janji Dapat Buktikan Cintaku Padamu
Korang juga kena tahu cara mencuci rambut dengan betul. Kalau korang nak tahu, cara yang betul masa cuci rambut ialah dengan membilas rambut menggunakan air suam.

Sebab air suam akan membuka liang-liang pori dan membebaskan segara kekotoran pada kulit kepala. Sebab tu kepala korang selalu rasa gatal terutama ketika berpeluh.
Untuk mencuci rambut, guna syampu yang sesuai dan urut dengan lembut menggunakan jari. Elak menggunakan kuku! Sebab cara tu akan membuatkan kulit kepala korang terluka.
Last sekali bilas dengan air sejuk supaya liang pori kat kulit kepala korang tu tertutup. Nak dapat hasil yang sempurna, guna perapi rambut selepas syampu dan bilas seperti biasa.

Lepas dah habis cuci rambut, keringkan rambut korang dengan cara yang betul. Kalau boleh kurangkan guna pengering rambut yang mengeluarkan haba panas.
Haba panas dari pengering rambut tu akan buatkan rambut korang lebih kering dan mudah putus. Nak sikat rambut pun ada cara yang betul tau.

Sikat penting untuk pastikan rambut korang sentiasa berada dalam keadaan terurus dan sihat. Untuk korang para lelaki berambut panjang, pastikan korang guna sikat jenis wide-tooth comb.
Mulakan dengan menyikat bahagian hujung rambut bagi mengurangkan masalah kerosakan rambut. Please! Jangan sikat rambut semasa rambut sedang basah.

Sebab rambut yang basah lebih rapuh dan mudah gugur. Untuk jadikan rambut korang tu lebih sihat, guna minyak kelapa pada rambut.
Minyak kelapa membantu mengekalkan protein dalam rambut korang. Bukan itu jer tau, minyak kelapa juga berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV.

Minyak kelapa yang bersifat semula jadi akan menyihatkan kulit kepala korang sebab ia mengandungi vitamin dan asid lemak.
Haaa sekarang para jejaka-jejaka sekalian yang berambut panjang, jangan lupa ikut kaedah yang Abang Jim cakapkan tu.
Jangan muka jer ensem, tapi rambut serabai! Berbau kepam pulak tu. Macam mana awek nak dekat? Hahahah.
Baca artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado