Betullah selera setiap manusia ni pelbagai. Ada yang suka itu dan ada yang tak suka makan ini. Nasib baiklah Abang Jim ni tak cerewet bab makan. Apa yang mengenyangkan, sumbat jer kat mulut. Tapi lain pula kisah tentang seorang wanita ni.
Wanita tersebut mengaku terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya RM43,164 untuk memuaskan ketagihan luar biasanya yang gemar menjamah bedak bayi setiap hari.

Lisa Anderson, 44, yang berasal dari Paignton mula memakan produk terbabit semenjak 15 tahun yang lalu selepas selesai mengeringkan anak lelakinya usai mandi. Wanita ini mendakwa dia sudah menghabiskan wang hampir RM40,000 untuk membeli bedak bayi jenama Johnson’s untuk dijadikan santapan.
Ibu kepada lima orang anak itu berkata dia mampu menghabiskan satu botol bedak bayi seberat 200g hanya dalam masa satu hari. Malah, dia mendakwa akan bangkit dari tidur empat kali satu malam untuk melunaskan ketagihan kroniknya itu.

Lisa berjaya merahsiakan ketagihannya selama 10 tahun sebelum akhirnya mengaku kepada bekas suaminya bahawa dia memerlukan bantuan profesional bagi menangani masalah itu. Menurut Lisa, doktor kini percaya dia mengalami simptom bagi penyakit pica yakni sejenis sindrom yang membuatkan penghidapnya mempunyai keinginan untuk memakan sesuatu yang bukan makanan.
Tambah Lisa lagi, dia berasa ketagihannya itu agak pelik namun rasa bedak yang seakan-akan sabun membuatnya ketagih. Untuk bedak bersaiz besar, dia boleh menghabiskannya dalam masa seminggu sahaja.

Menurut Lisa, selain rasa, dia juga amat tertarik pada baunya dan kini sanggup curi-curi pergi ke tandas selang 30 minit untuk memakannya. Haiyo! Korang tak nak cuba ke makan bedak? Katanya lagi, dia dilihat menunjukkan simptom pica pada tahun 2004 yakni beberapa hari setelah melahirkan anaknya yang paling bongsu.
Lisa selalu memakaikan anak-anaknya dengan bedak. Namun, secara tiba-tiba, saya jatuh hati pada baunya yang kuat. Ia berlaku dalam sekelip mata selepas Lisa menjilatnya dari tangan saya dan menjadi ketagih sehingga hari ini.
Baca artikel ini: Tamak! Tempah 1,900 Tempat Duduk Kat Stadium. Tapi Last-Last…

Menurut Lisa lagi, dia pernah bertahan selama dua hari tanpa memakan sebarang bedak bayi. Tetapi, waktu itu dirasakan seperti sungguh menyeksakan. Walau bagaimanapun, ibu berkenaan berkata dia tidak akan membawa bedak berkenaan ketika dia keluar dari rumah.
Lisa pernah keluar rumah selama beberapa jam tanpa memakan bedak. Akibat daripada perlakuan itu, dia menghabiskan sebanyak enam paket gula-gula pudina hanya untuk menahan diri daripada melampiaskan ketagihan memakan bedak.

Difahamkan, tabiat memakan bedak bayi ini mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan Lisa di mana wanita itu mungkin akan menghadapi masalah pernafasan, tekanan darah rendah dan mungkin juga kegagalan paru-paru.
Ujar Lisa lagi, dia berharap perkongsian kisahnya ini mampu membuat masyarakat dunia menyedari tentang bahaya sindrom pica dan dapat membantu individu lain yang turut mengalaminya.

Tak sangka wujud orang yang mempunyai ketagihan makan bedan macam si Lisa ni. Korang semua jangan nak pandai-pandai cuba jilat bedak kat rumah tu. Abang Jim report kat mak korang nanti tahu la.
Baca artikel ini: Parodi COVID-19 Beauty and the Beast Mencuit Hati