Orang yang suka pada haiwan ni, kadang-kadang dia sanggup buat apa sahaja untuk memastikan haiwan-haiwan tersebut berasa gembira dan selamat. Abang Jim pun suka pada haiwan juga tau. Sebab tu Abang Jim akan selalu pastikan akan bawa makanan kucing ke mana sahaja. Kalau jumpa kucing terbiar, Abang Jim akan beri makan.

Tapi lain pula kisahnya dengan seorang lelaki bernama James Vreeland dari Amerika Syarikat ini. Dia telah mencapai satu level lain apabila telah membina sebuah restoran mini untuk hidupan liar khususnya burung dan tupai yang tinggal berdekatan rumahnya. Comelkan?
Restoran kecil yang lengkap dengan pagar, kerusi meja dan pintu gerbang ini diberi nama dalam bahasa Perancis, Maison du Noix – bermaksud ‘Rumah Kacang’.

Pilihan menu yang disediakan pula adalah seperti kekacang dan kerak pizza. Media antarabangsa melaporkan bahawa perniagaan restoran Maison du Noix ini amat maju dan sering dikunjungi ‘pelanggan’ yang menikmati makanan secara percuma.
Baca artikel ini: Guys! Nah 8 Tanda Girlfriend Korang Jenis Kekasih Clingy

Begitulah cara kreatif James Vreeland, tauke restoran ini menghabiskan masa kuarantin atau ‘lockdown’ sementara menunggu pandemik Covid-19 reda.
Baca artikel ini: 4 Sebab Kenapa Muzik Penting Di Pejabat