Abang Jim tak nafikan lelaki yang mempunyai jambang atau facial hair memang ada pesona tersendiri. Lelaki yang ada jambang dilihat sebagai bonus sebabnya, para wanita selalu mendambakan lelaki yang mempunyai rerambut yang tumbuh kat muka teman lelakinya.

Kalo korang tengok sekarang, budaya menyimpan jambang sudah mula diterapkan semula dalam kalangan lelaki dan selebriti kat sini. Lelaki yang berjambang digambarkan dengan imej maskulin dan lebih kelelakian. So korang para lelaki kat luar sana tak rasa tercabar ke? Kalau korang berhajat dan simpan jambang, kat sini Abang Jim ada kongsikan 5 tip yang korang kena buat.
1. Potongan

Biarkan jambang korang tumbuh lebih lama agar ia panjang walaupun tidak seragam. Selepas itu barulah korang potong dan bentuk mengikut gaya yang korang inginkan.
2. Syampu

Sama seperti rambut. Cuci jambang korang dengan menggunakan syampu rambut agar kebersihannya terjamin dan tampak lebih sihat serta terjaga.
Baca artikel ini: Jenis-jenis malas anda malas yang mana?
3. Trim

Untuk mengelakkan jambang tumbuh bercabang seperti rambut, potong sedikit bahagian hujung jambang sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
4. Sikat

Kemaskan jambang dengan menyikatnya pada setiap hari agar kelihatan kemas dan tidak membuatkan orang sekeliling korang rasa tidak selesa dengan penampilan yang tidak terjaga.
5. Minyak

Gunakan minyak atau produk yang khas untuk jambang dan misai dengan amaun yang sedikit di telapak tangan dan sapu menyeluruh pada jambang agar ia kekal cantik dan kemas.
Korang yang berhasrat nak bela jambang tu pastikan jambang korang sentiasa kemas dan bersih. Janganlah selekeh sampai orang lain tengok korang pun rasa geli. Selamat mencuba!
Baca artikel ini: Baik Dan Buruk Ada Bf Kaya