‘Video-Chat’ Dengan Belut Untuk Kekalkan Hubungan

Negara Jepun bukan jer selalu hasilkan benda-benda pelik, tapi selalu juga tampil dengan perkara-perkara pelik. Gara-gara COVID-19, banyak tempat-tempat tumpuan ramai ditutup sebab tak nak wabak COVID-19 semakin menular. Antara yang ditutup ialah pusat akuarium kat Jepun.

Sejak 1 Mac lalu, Akuarium Sumida dekat Tokyo telah ditutup. Ketiadaan pengunjung telah membuatkan para penjaga akuarium mula runsing dengan perubahan persekitaran belut-belut spesies ‘Garden Eels’ di dalam akuarium tersebut.  

Sebab haiwan berkenaan dikatakan sudah lupa bagaimana rupa manusia kerana sebelum ini ia biasanya dikelilingi dan melihat beratus muka pengunjung yang menjenguk tangkinya. Kini makhluk sensitif tersebut menyorok ke dalam pasir setiap kali pekerja lalu. Hal ini menyukarkan mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas belut-belut ini.

Baca artikel ini: 5 Jenis Haiwan Yang Berwajah Pelik

Lantas pihak akuarium menyeru orang ramai supaya melakukan panggilan video dengan belut-belut tersebut dengan menggunakan aplikasi FaceTime menerusi iPhone atau iPad bagi mengingatkan haiwan berkenaan bagaimana rupa manusia yang semakin dilupakannya.

Caranya mudah saja iaitu anda tenung belut dan belut itu tenung anda. Haishh! Macam-macam perkara terjadi sejak COVID-19 ni. Sekali dengar, apa yang pihak akuarium tu buat macam kelakar juga. Tapi logiknya perkara tersebut perlu dibuat supaya belut-belut tu tidaklah berasa takut bila pusat akuarium tu dibuka semula nanti.

Baca artikel ini: Taraf Filem Nollywod Memang Win Sampai Netizen Geli Hati

Read Previous

Rawat Kulit Dengan Kunyit

Read Next

Alaa Cutenyer! Bina Restoran Mini Untuk Haiwan Di Halaman Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − sixteen =