5 Jenis Haiwan Yang Berwajah Pelik

Terdapat terlalu banyak spesies haiwan di dunia. Selalunya manusia cuma tahu haiwan yang biasa dilihat seperti kucing, harimau dan spesies yang terkenal. Kucing, anjing, arnab, ikan dan burung menjadi haiwan peliharaan manusia. Untuk pengetahuan korang, ada banyak rupanya haiwan yang mempunyai rupa pelik dan jarang dilihat oleh manusia. Walaupun kelihatan mengerikan, Abang Jim nak kongsikan kat korang 5 jenis haiwan yang mempunyai wajah pelik.

1.   Tikus mondok berhidung bintang

Tikus mondok ini dikenali sebagai ‘Star nosed mole’. Tikus ini mempunyai hidung yang pelik menyerupai bintang. Walaupun hidung yang pelik, ia mempunyai 25 ribu deria bau sensitif yang membantu pergerakannya.

2.   Ketam kelapa

Ketam ini adalah ketam darat yang bersaiz besar dan mampu memanjat pokok. Ketam ini kerap dilihat memanjat pokok kelapa dan menjadikan buah kelapa sebagai makanan. Penyepitnya mampu untuk menebuk tempurung kelapa tau.

Baca artikel ini: Yang Aneh-Aneh Jer Peraturan Pelik Beberapa Negara Di Dunia

3.   Ikan jerung goblin

Nama ikan ini diambil dari legenda goblin, makhluk yang nakal dan hodoh. Ikan ini mengeluarkan rahang apabila ingin menyerang mangsa. Ia hidup di laut yang dalam kerana tidak suka cahaya matahari. Ngerikan?

4.   Ulat bulu Lobster Moth

Ulat bulu ini menyerupai udang karang dan kupu-kupu. Ulat bulu ini terdapat di Britain, Eropah dan Asia. Eee yerk! Geli.

5.   Ikan jerung bermata satu

Ikan jerung albino ini dijumpai di pantai Baja California Sur, Mexico. Ikan ini jarang ditemui dan tidak membahayakan manusia. Tapi wajahnya memang cukup mengerikan. Dah rupa alien dah.

Mesti korang gelikan nak tengok haiwan-haiwan berwajah pelik ni. Tengok gambar pun dah takut, belum lagi jumpa depan-depan.

Baca artikel ini: Kek besarkan payudara? 3 trend kecantikan pelik kat Jepun

Read Previous

4 Sebab Kenapa Muzik Penting Di Pejabat

Read Next

7 Sebab Tidak Masuk Akal Pelajar Didenda Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 11 =