Penggunaan props yang rendah bajet serta editing yang sederhana sinonim dengan drama Melayu sama ada korang sedar atau tidak. Abang Jim sebagai peminat drama pun dah lama perasan benda ni terutama jalan cerita yang klise.
Keadaan ini berbeza dengan karya filem yang dihasilkan di Hollywood atau Bollywood yang telah mencapai satu standard memuaskan daripada segi jalan cerita dan editingnya. Tapi, seteruk-teruk karya tempatan, mungkin tak boleh menandingi karya dalam industri perfileman Nollywood yang lagi mencuit hati.
Dalam sebuah posting yang tular baru-baru ini pula, sebuah babak dari filem Nollywood membuat netizen berdekah apabila pembikin filem seolah-olah tidak mampu membeli props yang paling murah.
Baca artikel ini: Pekerjaan Paling Bosan Di Dunia. Ada Ke Yang Sanggup Bekerja Macam Michael?
Dalam gambar yang dikongsikan, seorang wanita dilihat diikat di pokok, namun tali yang digunakan bukanlah tali sebenar sebaliknya hanyak grafik yang disunting ke dalam video.
Perkongsian itu membuat rata-rata netizen geli hati dan cuba memikirkan alasan mengapa kru filem tidak menggunakan tali sebenar. Padahal harga tali tidaklah terlalu mahal sehingga menyebabkan terlebih bajet.
Untuk pengetahuan korang, Nollywood adalah istilah yang merujuk kepada industri perfileman Nigeria. Kat sana, sekitar 1000 filem setahun akan dihasilkan dan meletakkannya di tempat kedua industri filem terbesar selepas Bollywood, mendahului Hollywood.
Walaupun begitu masih terdapat banyak kekurangan dalam penghasilan filem Nollywood sebab anggaran bajet yang digunakan untuk sebuah filem hanya sekitar RM33,000- RM57,000.
Baca artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado