Kunyit adalah antara rempah yang sering digunakan dalam masakan Asia. Rempah berwarna oren-kekuningan ini biasanya orang guna kat dalam masakan untuk beri rasa yang tersendiri. Tapi, sesetengah masyarakat seperti kaum India menggunakan kunyit sebagai bahan untuk kecantikan kulit. Selain untuk kecantikan kulit, kunyit juga dikatakan mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat masalah kulit. Kalau korang tak percaya, kat sini Abang Jim nak nyatakan beberapa cara kunyit boleh memberikan manfaat kepada kulit korang.
1. Perbaiki kulit
Komponen antioksidan dan anti-radang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea. Korang boleh mencuba membuat masker di rumah untuk melihat keberkesanan kunyit pada kulit anda. Campur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit. Gaul rata dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum sebelum membilasnya dengan air.
2. Melawan jerawat
Kunyit sangat berkesan untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria. Ia amat berkesan apabila dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astringen.
3. Memperlahankan penuaan
Kunyit mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang gen yang meningkatkan sintesis antioksidan tubuh. Ia akan melindungi sel otak dan kulit dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembentukan kedutan dan garis halus.
Baca artikel ini: 11 Jenis Kurma Paling Sedap dan Popular di Malaysia
4. Menyembuhkan luka
Kurkumin yang terdapat dalam kunyit dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan. Ia juga mengurangkan tindak balas korang terhadap luka kulit. Kajian juga menyatakan kunyit boleh mendatangkan kesan terhadap tisu dan kolagen tubuh. Sekali gus membantu membuatkan luka korang lebih cepat sembuh.
5. Kurangkan lingkaran gelap
Oleh kerana kunyit bersifat anti-radang dan agen pencerahan kulit, ia sesuai untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata serta tompokan hitam yang disebabkan sinaran matahari. Ini kerana ia dapat merangsang peredaran darah, sekali gus membantu mengurangkan kegelapan.
6. Merawat psoriasis
Psoriasis ada satu masalah kulit bila muncul tompok putih yang tebal dan menyebabkan gatal-gatal yang serius. Kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin yang merangsang keradangan sel.
7. Merawat parut dan tanda regangan
Korang boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum korang mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.
Sebaiknya, elakkan mengambil kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak. Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan korang dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujudkan reaksi alahan atau tidak sebelum menggunakannya pada kulit anda. Lagi satu, kemungkinan muka korang akan jadi kekuningan walaupun selepas dicuci. Tapi sekejap jer, dalam sehari dua. Nak cantik tak?
Baca artikel ini: 4 Kesan Negatif Tabiat ‘Patahkan’ Jari