Korang semua mesti biasa patahkan jari tangan kalau terasa tangan tu lenguh-lenguhkan? Kalau dengar jer bunyi ‘prap!’ mesti rasa lega dan puas hati. Abang Jim pun dah jadikan aktiviti ‘mematahkan’ jari-jari tangan tu sebagai habit terutama kalau rasa tertekan dengan alasan ia akan memberikan kelegaan pantas.
Namun begitu, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa perbuatan ‘mematahkan’ jari ini sebenarnya mendatangkan banyak kemudaratan kepada diri.
Abang Jim sendiri pun baru tahu pasal benda ni. So kat sini Abang Jim nak senaraikan 4 kesan akibat daripada tabiat ‘mematahkan’ jari yang korang selalu amalkan tu.
1. Melemahkan otot jari
Sebuah kajian telah dilakukan ke atas 300 orang responden yang mengaku kerap kali ‘mematahkan’ jari mereka. Walaupun diaorang mengatakan bahawa mereka tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan yang teruk, tapi sebenarnya ia mampu melemahkan otot jari. Bukan itu sahaja tau, dianggarkan, kekuatan jari jemari boleh merosot sehingga 1/4 kekuatan jari jemari normal.
2. Berkemungkinan terkena penyakit Arthritis
Lebih dikenali sebagai penyakit sendi, Arthritis berkemungkinan terjadi akibat tabiat kerap ‘mematahkan’ jari jemari. Walau bagaimanapun, sebuah kajian mendapati Arthritis masih boleh dibendung semasa di peringkat awal supaya tidak menjadi sebuah penyakit yang kekal.
Baca artikel ini: 5 Alasan Perempuan Tertarik Dengan Karakter Lelaki ‘Bad Boy’
3. Sendi jari membengkak
Sendi jari berisiko tinggi untuk menjadi bengkak apabila jari jemari kerap kali ‘dipatahkan’. Sekiranya sendi sudah mula membengkak, jari akan menjadi sakit dan menyukarkan korang untuk melakukan aktiviti harian. Bukan itu jer, korang juga tak boleh nak pakai aksesori seperti cincin.
4. Dilarang dalam agama Islam
Dalam agama Islam, perbuatan mematah-matahkan jari itu sendiri sebenarnya dilarang kerana perbuatan itu menyamai perbuatan syaitan.
So untuk korang yang dah terbiasa mematah-matahkan jari tu, mungkin korang dah boleh cari inisiatif awal untuk mengelakkan daripada ketagihan dan menjadi semakin melarat. Sekiranya korang merasakan ketidakselesaan terhadap jari jemari tangan, korang boleh terus berjumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
Baca artikel ini: 7 Sebab Kenapa Wanita Curang