3 Jenis Buah Sebagai Remedi Batuk Untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil, mesti korang risau akan kesihatan anak-anak walaupun mereka cuma demam biasa jer. Tapi yerlah, sebagai ibu bapa, mestilah korang risau dan mengharapkan anak-anak sentiasa sihat dan selamat. Jika anak-anak menghidap batuk yang lama ataupun selesema, korang boleh ikhtiarkan untuk merawat batuk anak korang menggunakan buah-buahan. Kat sini Abang Jim nak kongsikan sedikit 3 jenis buah yang baik untuk melegakan batuk kanak-kanak.

1.   Buah nanas

Buah nanas telah terbukti dapat merawat dengan lebih berkesan. Sebuah kajian telah mendapati bahawa mereka yang meminum jus nanas mengambil masa yang lebih cepat untuk sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk. Cara penyediaannya juga mudah. Kisar isi buah nanas yang telah dibuang kulitnya. Tapis air jus nanas yang telah dikisar dan simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Jika hendak minum, campurkan jus tadi bersama madu.

Baca artikel ini: Khasiat Tomato Yang Korang Tak Tahu

2.   Buah oren

Menggunakan buah oren sebagai ubat batuk merupakan cara perubatan tradisional orang cina. Cara untuk menyediakannya sebagai ubat batuk juga amat mudah. Ambil sebiji buah oren lalu rendamkan di dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya adalah untuk membersihkan buah limau tersebut. Kemudian, potong bahagian atas limau. Setelah dipotong, permukaan limau tersebut hendaklah diletakkan 1 atau ½ sudu teh garam. Setelah itu, limau tersebut akan dikukus selama 15 minit. Selesai dikukus, buah limau boleh diperah dan jus yang terhasil bolehlah diminum untuk melegakan batuk.

3.   Buah delima

Buah delima mempunyai kandungan vitamin C yang membantu mengubati batuk serta meningkatkan sistem imun di dalam tubuh. Cara untuk menyediakan jus delima sebagai ubat batuk adalah mudah. Untuk orang dewasa, mereka boleh terus makan biji delima tanpa ada masalah. Berlainan pula dengan kanak-kanak. Biji delima tersebut hendaklah dilenyek terlebih dahulu untuk mengeluarkan jus lalu diberi kepada kanak-kanak.

Kaedah ini hanya sebagai Langkah alternatif. Kalau batuk masih berterusan, bawa anak-anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.

Baca artikel ini: 5 Mitos Sperma Lelaki Yang Korang Salah Faham

Read Previous

Berat Badan Susah Turun, Ini Adalah Sebabnya

Read Next

Rawat Kulit Dengan Kunyit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 11 =