11 Jenis Kurma Paling Sedap dan Popular di Malaysia

Bila tiba bulan puasa, barulah muncul buah yang satu ini, iaitu kurma. Padahal buah kurma ni bukanlah buah bermusim. Bila-bila masa pun korang boleh makan selain ketika bulan puasa.

Abang Jim memang suka sangat dengan buah kurma. Selain rasanya yang sedap, kurma juga mengandungi banyak khasiat dan kebaikan untuk kesihatan. Untuk pengetahuan korang, kurma ni ada pelbagai jenis tau. So kali ni Abang Jim nak senaraikan  11 pilihan kurma yang dianggap paling sedap dan popular di Malaysia.

1.   Kurma Ajwa

Jenis kurma Ajwa adalah salah satu yang ditanam di Madinah, Arab Saudi dan merupakan kurma yang paling mahal. Ajwa ialah kurma hitam yang manis, dengan rasa buah yang segar. Kurma ini cenderung bersaiz kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut. Manakala, biji kurma Ajwa berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan mempunyai tekstur kasar.

2.   Kurma Mabroom

Kurma Mabroom adalah jenis kurma kering dan lembut (sama dengan kurma Ajwa) yang kebanyakan ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Kurma Mabroom mempunyai bentuk panjang dan kurus. Ia mempunyai kulit yang nipis dan berwarna coklat gelap.

Isi buah mempunyai kedutan lembut. Kurma Mabroom tidak begitu manis tetapi mempunyai rasa yang unik dan isi yang kenyal.

3.   Kurma Safawi

Kurma Safawi adalah jenis kurma khas yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi. Ia adalah jenis kurma yang lembut dan semi-kering. Memiliki warna yang hitam, panjang dan saiznya yang sederhana. Ia mempunyai persamaan dari segi rasa dengan kurma Ajwa tetapi berbentuk lebih oblong berbanding dengan kurma Ajwa.

Jenis kurma Safawi dikenali oleh produktivitinya yang mudah didapati sepanjang tahun.

4.   Kurma Sayer

Kurma separuh kering berkulit tipis dengan rasa yang unik. Ia berbentuk panjang dan bujur (kadang-kadang segi empat tepat). Kurma Sayer asalnya berwarna kuning, kemudian menjadi kuning gelap dan kemudian menjadi merah atau coklat gelap ketika sudah masak. Kurma Sayer juga dikenali sebagai kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun. Kurma ini merupakan antara kurma yang paling sedap.

5.   Kurma Mazafati

Kurma gelap dan lembut dengan saiz sederhana biasanya iaitu sekitar 2.5-4.5cm. Memiliki rasa yang manis dan kandungan lembapan yang tinggi (berair). Isinya juga tebal. Kurma Mazafati dianggap sebagai kurma paling lazat di dunia serta mempunyai warna hitam yang menarik berbanding dengan jenis buah kurma popular yang lain. Jika di Malaysia, buah kurma Mazafati lebih dikenali sebagai Kurma Kimia, dan  Kurma Madu. Kurma Mazafati berasal dari Iran.

6.   Kurma Piarom

Kurma ini berbentuk bulat berwarna hitam-coklat. Kurma Piarom juga dikenali sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’. Kurma Piarom adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana pengeluaran ekslusif hanya di Haji Abad, Iran.

Baca artikel ini: Seram! Rupa Kaki Gamer Selepas 20 Tahun

7.   Kurma Rabbi

Kurma Rabbi memiliki tekstur lembut, berwarna coklat gelap dan kadangkala kelihatan kemerah-merahan. Buah kurma Rabbi adalah separuh kering dan mempunyai kandungan kelembapan di bawah 15%. Kurma Rabbi adalah salah satu daripada enam jenis kurma merah kering yang popular dijual di pasaran.

8.   Kurma Kabkab

Kurma Kabkab lembut, basah, bersirap dengan warna coklat gelap dan lebih panjang daripada jenis kurma lain. Ia merupakan kurma gred AA ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran.

Kurma Kabkab dianggap sebagai jenis kurma basah kerana kandungan kelembapannya yang tinggi iaitu kira-kira 18%. Mempunyai warna berbeza bermula dari kuning ke coklat gelap bergantung kepada kematangan. Kurma yang juga popular di pasaran Malaysia ini mempunyai tekstur yang halus dan lembut dan kulit yang keras dan rasanya manis seperti sirap.

9.   Kurma Zahedi

Kurma Zahedi atau Zahidi adalah kurma tebal, kecil, berbentuk bujur. Kurma Zahedi mempunyai tekstur keras, berkilat dan kering. Kadang-kadang kulitnya melekat pada isi buah. Warna kurma Zahedi bermula dari kuning ke coklat muda bergantung kepada kematangan.

Dengan kandungan kelembapan kurang daripada 14%, ia dianggap sebagai jenis buah kering.

Kurma Zahedi disukai ramai dan popular kerana ia kurang manis berbanding daripada jenis-jenis kurma yang lain. 

10.   Kurma Medjool

Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam. Memiliki kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat. Teksturnya berserabut dan rasa yang sangat manis. Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel. Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering. Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini. Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.

11.   Kurma Deglet Noor

Nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’. Ia berasal dari Algeria. Kurma ini juga ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean. Kurma Deglet Noor Algeria tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna kulit lutsinar dan rasa lembut yang seperti madu.

Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. Ia juga menjadi antara buah kurma paling diminati di Malaysia. Semuanya nampak sedapkan? Rasa macam nak order online jer beli kurma hari ini. Nak keluar pun tak boleh. Bazar Ramadhan pun tak ada. Selamat berpuasa guys! 

Baca artikel ini: 5 Alasan Perempuan Tertarik Dengan Karakter Lelaki ‘Bad Boy’

Read Previous

5 Alasan Perempuan Tertarik Dengan Karakter Lelaki ‘Bad Boy’

Read Next

7 Sebab Kenapa Wanita Curang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − 10 =